fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
The Ordinary Lancar Butik Ketiga Di IOI City Mall, Putrajaya
Ini Dia Tip Kecantikan Eksklusif Daripada Top Model Kegemaran Anda!
MAC Bakal Melancarkan Gincu Kilauan Metalik Musim Luruh Ini
Pengalaman Cantik Edisi Lebaran Bersama GLAM Beauty Club X Armani Beauty
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama
Home > Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2

Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2

20 tahun selepas Miranda Priestly pertama kali menggegar dunia fesyen dengan pandangan sejuknya yang ikonik, The Devil Wears Prada kembali dan kali ini, ia membawa serta rakan kongsi kecantikan yang paling sempurna, Lancôme.

Kolaborasi Eksklusif Antara Lancôme dan The Devil Wears Prada 2 

Kolaborasi antara Lancôme dan The Devil Wears Prada 2 turut menandai kemunculan inovasi terbaru Lancôme Absolue Longevity MD. Koleksi ini bukan sahaja hadir sebagai alat sokongan kecantikan di set filem, malah ia ditenun masuk ke dalam alam semesta filem itu sendiri, menjadikan rutin penjagaan kulit wajah yang sebahagian daripada naratif yang lebih besar.

Meryl Streep, Anne Hathaway & Kulit Yang Abadi

Dua puluh tahun selepas mengambil peranan ikonik mereka sebagai Miranda, Andy, Emily dan Nigel iaitu Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt dan Stanley Tucci kembali ke jalanan fesyen New York dan pejabat majalah Runway yang sleek dalam sekuel yang dinanti-nantikan ini. Dan di sebalik cahaya kamera, Lancôme Absolue Longevity MD menjadi sebahagian daripada rutin kecantikan harian  pelakon di set filem.

Absolue Longevity MD: Sains Di Sebalik Kulit Abadi

Absolue Longevity MD adalah rangkaian penjagaan kulit pertama Lancôme yang disahkan oleh dermatologi, berasaskan Longevity Integrative Science, dan dikuasakan oleh Mitopure iaitu bahan suplemen urolithin-A longeviti yang paling terkenal pasaran, diadaptasi untuk kegunaan penjagaan kulit yang topikal. Koleksi ini direka untuk menangani tanda-tanda penuaan yang kelihatan pada setiap peringkat hayat dari ketegangan dan kelembutan kulit, hinggalah cahaya, garis halus, dan kelicinan.

Yang menariknya, koleksi ini direka khas untuk tiga peringkat usia: Anticipate untuk usia 35 ke bawah, Intercept untuk usia 35 hingga 55, dan Reset untuk usia 55 ke atas membuktikan bahawa Lancôme faham bahawa keperluan kulit setiap wanita adalah berbeza, dan tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua.

 

Absolue Longevity MD Tersedia Mulai 1 Mei

Koleksi Absolue Longevity MD akan tersedia untuk pembelian mulai 1 Mei, seiring dengan tayangan perdana The Devil Wears Prada 2 di pawagam. Jadi sambil anda bersiap untuk menonton kembalinya Miranda Priestly ke skrin perak, jangan lup,  kulit anda pun layak untuk tampil abadi, sama seperti legenda yang menghidupkan cerita ini.

Artikel berkaitan Kisah Pesan Umi Sharifah Rose Di Pagi Raya Bersama Lancôme