It’s All In Your Eyes
Pandangan mata menjadi salah satu tarikan kepada perhatian seseorang, dan juga menyumbang kepada kecantikan wajah secara menyeluruh. Terbaru dari Chanel, Krim Mata Le Lift sebagai salah satu penambahan istimewa kepada barisan produk penjagaan wajah Le Lift. Hasil penyelidikan ini, pelbagai tanda-tanda penuaan dapat dikenal pasti ke arah pengurangan keindahan mata. Chanel Beauty tampil kehadapan untuk memastikan semua wanita dapat mengekalkan kecantikan dan keunikan tersendiri, dengan menjaga bahagian mata bagi kelihatan muda dan kekal segar sentiasa. Istimewanya krim mata Le Lift ini, adalah kebolehan untuk melawan kedutan dan garis halus, lingkaran hitam dan bengkak, serta kekenduran kelopak mata. Krim ini memberi fokus kepada masalah tersebut, sambil memastikan keselesaan kulit di bahagian mata. Tentu sekali kerana krim mata ini mengandungi bahan Phyto-Active Complex sebagai perisai utama anti keletihan. Juga diperkaya dengan bahan botani seperti beeswax dan shea butter, krim ini memberikan impak keselesaan maksima, serta penyerapan segera yang mampu menyiapkan kulit sebelum membuat aplikasi solekan mata. Krim mata Le Left ini boleh digunakan pada waktu pagi, dan juga waktu malam. Hanya menggunakan jari untuk membuat aplikasi pada bahagian bawah mata dan juga di atas pada kelopak mata. Nikmati keistimewaannya dan mengangkat semula deria pandangan mata anda dengan Chanel.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

