Ramai wanita ingin kulit yang bersih, berseri-seri dan sempurna. Namun, memiliki siku yang hitam boleh membuatkan mereka menjadi kurang yakin dengan diri.
Percaya atau tidak terdapat ramai orang yang mengalami masalah yang sama baik lelaki atau wanita. Namun anda tidak perlu risau kerana siku hitam adalah sangat normal dan ia bukan masalah yang serius.
Bahkan anda juga tidak perlu terlalu risau dengan masalah siku hitam ini kerana ia boleh dirawat dengan bahan semula jadi serta produk yang anda boleh cuba di rumah.
Bagaimana Siku Hitam Terjadi?
Foto: Freepik
Sebenarnya, ia disebabkanolehkeadaanatau zat pada kulit yangmenghasilkanlebihbanyakmelanindanmenyebabkanbintik-bintikgelappadakulit.
Selain itu, kawasan sekitar siku menjadi hitam kerana kawasaninilebihterdedahkepadageserandantekanan. Keadaan ini boleh berlaku apabila andameletakkansikudiatasmeja,sikudidinding,dansebagainya yang menyebabkan sikuberasakasar,gelapdan“berkerak”.
Bukan itu sahaja, masalahinijugabiasaberlaku kepadaorangyangberkulit lebihgelap kerana meerka menghasilkanlebihbanyakmelanin dan pigmensemulajadiyangmembantumelindungikulitdaripadasinaranUVmatahari.
5 Cara Mengatasi Siku Hitam
Bagi yang tertanya-tanya cara mudah dan berkesan untuk memutihkan semula siku yang hitam, GLAM kongsikan 5 cara mengatasi siku hitam yang anda boleh cuba di rumah!
Foto: Freepik
1. Aloe Vera/Lidah Buaya
Tanaman ini sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk melembapkan. Dengan itu, aloe vera boleh menjadi jalan penyelesaian untuk melawan siku yang hitam. Biasanya aloe vera digunakan untuk melembutkan rambut malah ia juga boleh digunakan pada kulit.
Anda boleh campurkan aloe vera dengan susu dan sapukan pada bahagian siku yang gelap. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air.
Jangan risau jika tiada bahan ini dirumah, anda boleh gunakan apa sahaja pelembap yang dijual di pasaran. Walau bagaimanapun, pilih jenis pelembap yang diformulasi khas untuk kulit badan.
2. Kunyit
Foto: Freepik
Siapa sangka, rempah di dapur rumah untuk masakan memiliki manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Menurut kajian, penggunaan kunyit mungkin dapat memberi kesan pada kulit dalam mengurangkan kedutan dan bintik hitam pada kulit.
Kunyit mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai curcumin. Bahan ini dapat mengurangkan masalah kulit gelap, terutamanya pada siku dan lutut.
Caranya sangat mudah, campurkan kunyit dengan 1 sudu susu dan sapukan adunan itu pada siku yang gelap. Selepas kering, bilas seperti biasa dengan air suam. Anda boleh lakukan sebagai rutin harian untuk dapatkan hasil yang cepat.
3. Lemon
Lemon atau mana-mana buah sitrus sering digunakan untuk tujuan kecantikan. Lemon bukan sahaja untuk dimakan tetapi ia juga sangat bagus untuk merawat masalah kulit lagi-lagi siku hitam. Ia mengandungi vitamin C yang boleh mencerahkan kulit. Malah, penggunaan berpanjangan mungkin dapat mengurangkan masalah kulit gelap di sekitar siku.
Potong lemon kepada dua bahagian dan perahkan jus lemon serta urut di kawasan yang terjejas. Tunggu sehingga 10 minit kemudian anda boleh bilas seperti biasa. Ulang kaedah ini setiap hari untuk melihat kesannya.
4. Minyak Zaitun dan Gula
Foto: Freepik
Kaedah lain yang boleh anda gunakan di rumah untuk kurangkan siku hitam ialah anda juga boleh menggunakan gabungan minyak zaitun dan gula.
Campuran ini boleh digunakan sebagai skrub badan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Bahan ini boleh digunakan kerana gula adalah bahan exfloliant yang semulajadi manakala minyak zaitun dapat mengekalkan kulit sentiasa lembab.
Skrub gula buatan sendiri sangat baik untuk mencerahkan warna kulit siku yang hitam. Caranya menggunakan ialah sebelum mandi anda boleh campurkan gula dan minyak zaitun secara merata dan urut pada kawasan siku secara melingkar selama 5 minit.
5. Minyak kelapa
Ramai yang beranggapan semua jenis minyak boleh digunakan untuk melembapkan kulit. Namun hal ini tidak benar sama sekali! Hanya beberapa jenis minyak sahaja yang mempunyai khasiat seperti minyak kelapa dan minyak zaitun.
Minyak kelapa adalah minyak pelembap yang sangat luar biasa kerana ia mengandungi vitamin E yang boleh membantu dalam mencerahkan warna kulit dan juga mencegah hidrasi kulit.
Untuk hasil yang efektif, campurkan satu sudu teh minyak kelapa dan setengah sudu jus lemon, gosokkan campuran itu pada kawasan siku yang hitam. Tunggu 15-20 minit dan bilas seperti biasa. Anda boleh lakukan cara ini setiap hari untuk mengurangkan bintik hitam pada siku.
Punca Yang Menyebabkan Siku Menjadi Hitam
Kurang eflokasi yang menyebabkanpengumpulanselkulitmatidanmenjadikankulitkelihatankusam.