Glam Sip 'N Skin Bersama Duta Global Fenty Skin, Sean Garrette - Glam Malaysia
GLAM SIP ‘N SKIN BERSAMA DUTA GLOBAL FENTY SKIN, SEAN GARRETTE

Glam Sip ‘N Skin Bersama Duta Global Fenty Skin, Sean Garrette

Rutin kecantikan ekstensif rahsia Sean Garrette miliki kulit muka selicin patung. Bersama pakar estetik pilihan Rihanna dalam merungkai keunikan Fenty Skin. 

Fenty Skin hadir dengan konsep dan budaya baru dalam rutin penjagaan kulit wajah. Setiap produk yang terhasil adalah multifungsi kerana ia direka sebagai pelengkap utama Fenty Beauty. Rangkaian terbaru ini punya bahan organik clean dan fresh malah teksturnya sangat lancar dan menyenangkan.

GLAM sempat berbual bicara secara iVent bersama Sean Garrette. Dia bercerita mengenai kehebatan Fenty Skin yang membuatkan anda tidak sabar memilikinya dan merasai pengalaman ini.

Sean Garrette

Apakah kebaikan ramuan yang ada dalam setiap produk pertama Fenty Beauty?

Setiap jenis kulit punya ragam yang berbeza. Apa yang saya suka mengenai Fenty Skin ini kerana setiap ramuan yang dihasilkan mempunyai kelulusan klinikal dan juga keputusannya sangat memberangsangkan. Koleksi Fenty Skn Start’rs mengandungi niacinamide,hyaluronic acid dan teh hijau. Selain itu, turut mempunyai Ginko Biloba, ramuan terkenal dalam mengimbangi minyak kulit wajah.

See also
Sneakers Obsesi Baru Selebriti

Apakah keistimewaan buah ceri Barbados?

FAT WATER Pore-Refining Toner Serum adalah pilihan Rihanna kerana mempunyai ramuan tambahan iaitu buah ceri Barbados atau dikenali sebagai Bajan Cherry. Cukup kaya dengan Vitamin C berbanding buah oren malah bertindak aktif sebagai agen antioksidan. Mencerahkan kulit berlipat kali ganda.

Apakah mantra rutin penjagaan kulit anda?

Kulit yang sihat bermula dengan kelembapan. Jika kulit dalam keadaan lembap, daya ketahanan kulit muka akan lebih bertahan lama dan kekal bersinar.

Apakah tip penjagaan kulit setelah atau sebelum memakai pelitup muka?

Kekerapan memakai pelitup muka sememangnya mengundang masalah kulit wajah yang ketara. Pori tersumbat, kulit mula iritasi dan meninggalkan kesan kemerah-merahan. Masalah ini boleh terlerai dengan sentiasa membiarkan ia dalam keadaan lembap dan bersih muka dengan The Total Cleans’r kerana ia kaya dengan ramuan semula jadi.

Anda mempunyai kulit muka sangat glow! Bagaimana Fenty Skin Start’rs membantu mengekalkannya?

Saya mempunyai rutin penjagaan kulit penuh extensif. Ditambah pula dengan Fenty Skin, ia ibarat rutin yang Panjang seperti dipendekkan dalam tiga produk utama iaitu The Total Cleans’r, Hydra Rizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 dan Fat Water Pore-Refining Toner Serum.

See also
Gaya Ratu Rihanna Di Tayangan Perdana Filem Terbaharunya!

Akan berada di pasaran pada 26 Disember 2020 di semua platform sephora.my dan setiap outlet Sephora.

Artikel berkaitan Previu Gloss Bomb Fenty Beauty oleh Rihanna