7 Nasihat Solekan Pat McGrath, Jemari Emas Kegemaran Supermodel & Selebriti - Glam Malaysia

7 Nasihat Solekan Pat McGrath, Jemari Emas Kegemaran Supermodel & Selebriti

Banyak yang boleh kita pelajari baik dari temubual juga perkongsian di media sosial daripada jurusolek legenda, Pat McGrath, GLAM kumpulkan 7 nasihat paling berguna buat penggila mekap.

Dari supermodel 90-an seperti Linda Evangelista, ke Bintang pentas seperti Madonna hinggalah ke Bintang berpengaruh hari ini seperti Kim Kardashian, semuanya menggilai sentuhan magis jurusolek ternama ini. Dia juga antara jurusolek kesayangan jurugambar legenda seperti Steven Meisel juga pereka ternama seperti John Galliano. Hari ini Pat McGrath sudah memiliki jenama kosmetiknya sendiri dan ia turut menjadi kesukaan ramai makeup junkies termasuklah selebriti tersohor. Saya kumpulkan tujuh tip solekan dari Pat McGrath yang paling berguna. 

Antara Solekan Ikonik Pat McGrath, Yang Ini Saat Rihanna Menghiasi Muka Depan Majalah W

1- Menerusi perkongsiannya dengan Savoirflair, untuk bibir yang menyerlah dan nampak berstruktur, gandingkan pensel bibir yang berwarna terang dan gandingkan dengan gincu terang. Walaupun ramai berpendapat pensel bibir sepatutnya lebih gelap dari gincu, apa salahnya lari dari norma kebiasaan itu.

2- Usah bataskan pemakaian highlighter pada pipi dan batang hidung sahaja. Layang atau sapukan pada lekuk bibir, hujung hidung, dagu dan boleh juga dilayangkan apda tulang selangka (collarbone) malah pada bahu jika anda menggayakan gaun tidak berlengan. Penampilan tampak lebih glamorous. 

3- Jika mata anda kelihatan sembap tidak bermaya, sapukan highlighter atau pembayang mata warna putih mutiara di sudut dalam mata (dekat dengan hidung) untuk membuatkannya nampak segar. 

See also
5 Tip Berkesan Hapuskan Double Chin

4- Sapulah maskara setebal mana anda mahu walaupun di siang hari. Walaupun ramai berpendapat bulu mata tebal hanya sesuai untuk gaya malam, apa salahnya tampil ala ‘Huda Beauty’ di siang hari. Bersolek bukankah untuk berseronok. Jangan bataskan idea eksperimen anda. 

5- Gunakan jari untuk menyapu bedak asas atau apa sahaja. Sesetengah produk akan memberi efek yang lebih natural jika disapu menggunakan jari. Kata Path, “saya menggunakan jari apabila menyolekkan orang kerana jari-jari akan memanaskan produk dan ia bagus untuk aplikasi, solekan juga tidak nampak terlalu tebal.”

Lihat Solekan paling Cantik di Golden Globes

6- Usah terlalu terikat dengan idea mekap perlu keseimbangan, yang mana lazimnya mata yang bold harus diseimbangkan dengan gincu yang lebih relaks, nude misalnya. Lari dari kebiasaan. Untuk gaya malam, solekan akan nampak lebih glamor dengan gaya bold buat mata dan bibir. 

7- Siapa kata warna kening harus sepadan dengan warna rambut? Tidak semestinya. Jika mahu refresh your look, tidak mengapa lari dari ton yang sama. Jika mahu mengubah warna kening boleh gunakan maskara kening. 

See also
Pewarna Rambut Baru Yang Bertukar Warna Mengikut Suhu

Lihat Gaya Alter Ego Dalam Solekan Ciptaan Glam