Atasi Kulit Kering Dengan 5 Rutin Mudah - Glam Malaysia
Atasi Kulit Kering

Atasi Kulit Kering Dengan 5 Rutin Mudah

Walaupun cuaca panas ekstrem, kulit tidak terlepas daripada menjadi kering. GLAM kongsi cara untuk atasi masalah kulit kering ini! 

Terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang berlebihan mampu membuatkan kulit menjadi gelap, kusam lantas kering dan tampak berusia. Jika tidak memakai produk penjagaan wajah yang betul atau menjaga kulit dengan baik, pasti masalah seperti ini akan timbul. Namun, ada di antara kita yang sememangnya memiliki kulit kering dan sedang lagi berusaha untuk merawatnya. Dan kebiasaannya, kulit kering boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika terkena udara sejuk.

Tahukah anda, tahap kesihatan kulit amat berkait rapat dengan tahap kelembapan kulit. Lebih lembap kulit, lebih remja usia kulit berkenaan. Jadi, cara terbaik untuk mengatasi kulit kering ini adalah dengan memakai krim pelembap yang baik. Walaupun di dalam cuaca yang sangat panas, anda amat digalakkan untuk menyarungkan krim pelembap. Tiada alasan seperti “Kulit sudah berminyak, takkan kena pakai krim pelembap lagi?

See also
Rahsia Kecantikan Dian Sastrowardoyo Pada Usia 40-an

Ada pelbagai krim pelembap yang sesuai disarungkan mengikut keadaan kulit dan cuaca. Ada yang bertekstur ringan, ada pula yang lebih berkrim untuk mereka yang memiliki masalah kulit ekstrem. Jadi tiada alasan untuk anda yang memiliki kulit berminyak ataupun kombinasi untuk menyarung krim pelembap ini walaupun pada cuaca yang panas. Selain itu, anda juga digalakkan untuk memakai pelindung sinar yang memiliki inti pati pelembap seperti ceramides, glycerin, asid hialuronik serta madu. Selain melindung daripada sinar matahari, ia juga membantu melembapkan kulit.

Atasi kulit kering

5 Cara Untuk Atasi Masalah Kulit Kering

Selain daripada penggunaan produk penjagaan wajah yang betul, rutin harian juga memainkan peranan penting. Buat anda yang memiliki kulit sebegini, ayuh cuba langkah ini untuk merawatnya:

1) Elakkan mandi terlalu lama baik di bawah siraman shower atau juga di dalam tab mandi. Hadkan tempoh mandian anda dari 5 hingga ke 10 minit sahaja.

2) Gunakan air mandi suam dan elakkan mandi air panas keterlaluan.

3) Gunakan sabun mandian yang memadai. Jangan guna secara berlebihan, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih kering.

See also
10 Paling Cantik di Oscar 2021

4) Seeloknya gunakan pencuci wajah juga muka yang tiada bau. Ini kerana intipati haruman mampu mengeringkan lagi kulit.

5) Sapukan pelembap wajah juga tubuh sejurus selepas mandi. Seeloknya pakai sewaktu kulit dalam masih separa lembap, ia akan membuatkan serapan lebih berkesan baik pada kulit wajah mahupun tubuh.

 

Pautan berkaitan: Tips Solekan Untuk Kulit Kering