fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dress Up Ibarat Fashionista LA!
Fesyen ‘Rich and Famous’ Di Minggu Fesyen Paris 2024
Florence Pugh, Ratu Trend Fesyen Jarang Hollywood
Seni Tradisi
Inspirasi Gaya Field Sneakers
Home > Fesyen > Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine

Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine

Jelajahi kemewahan kempen Celine Infinite Possibilities Silk. Skaf sutera ikonik kini berwajah baru di bawah Michael Rider dengan infiniti gaya glamor.  

Celine sekali lagi mencuri perhatian dunia fesyen elit menerusi pelancaran kempen terbaharu mereka, Infinite Possibilities Silk Campaign. Di bawah arahan kreatif Michael Rider, kempen ini bukan sekadar apresiasi terhadap aksesori, malah satu perisytiharan gaya yang penuh kebebasan, dan kemewahan.

Dirakam hebat oleh jurugambar Eijin Ota dan Victor Brun, visual kempen ini mementaskan gerakan sehelai skaf sutera dalam estetika yang begitu sinematik dan effortless. Setiap layangan fabrik mendedahkan anyaman silk twill yang lebih padat, membuatkan motif arkib ikonik seperti logo Triomphe dan elemen equestrian kelihatan lebih tajam dan hidup.

Satu Skaf, Infiniti Gaya Tanpa Batas 

Sesuai dengan namanya, Infinite Possibilities, koleksi ini membuktikan bahawa sehelai skaf mampu mengubah keseluruhan personaliti. Sama ada dililit megah sebagai headscarf ala diva Hollywood, diikat seksi sebagai baju top, mahupun dijadikan pelengkap beg tangan mewah anda, ia adalah lambang versatiliti tanpa batas. Sentuhan eksklusif seperti perincian fringed version berwarna-warni dan scarf charms mini turut menambah elemen dramatik yang memukau.

Artikel berkaitan: Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!