Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Alat solek seperti beauty sponge, berus foundation, berus concealer, berus bedak tabur, berus eyeshadow, berus pemerah pipi, berus contour, berus highlighter, berus eyeliner dan powder puff mempunyai fungsi tersendiri dan mampu menjadikan solekan anda lebih flawless!
Tidak dinafikan, produk solekan sering menjadi tumpuan utama ketika melakukan rutin kecantikan. Namun, di sebalik kemasan solekan yang tampak sempurna, terdapat satu elemen yang sering dipandang remeh iaitu alat solekan. Daripada berus bedak asas hinggalah beauty sponge, setiap satunya memainkan peranan penting dalam memastikan produk diaplikasikan secara sekata dan memberikan hasil yang tidak bercapuk. Sama seperti memilih formula solekan yang bersesuaian dengan jenis kulit, penggunaan alat yang tepat juga mampu mempengaruhi hasil akhir solekan anda. Setiap berus solek direka dengan bentuk, ketumpatan bulu dan saiz yang berbeza mengikut fungsinya, manakala beauty sponge pula menawarkan kemasan yang lebih semula jadi untuk produk bertekstur cecair dan krim. Sebelum menambah koleksi dalam beg solekan anda, kenali fungsi setiap alat ini!
Berus Mana Satu Untuk Apa? Ini Jawapannya
1. Beauty sponge


Ramai yang beranggapan bahawa beauty sponge hanya sesuai digunakan untuk mengaplikasikan bedak asas. Namun, ia juga ideal bagi mengaplikasikan concealer, krim pemerah pipi dan produk bertekstur cecair. Anda perlu menggunakannya dalam keadaan lembap sebelum ditekap perlahan pada kulit untuk memberikan kemasan yang lebih semula jadi. Jika anda menggunakannya dalam keadaan kering, ia mungkin boleh memberikan kemasan bercapuk. Bahagian hujung yang runcing juga memudahkan aplikasi di kawasan sukar dicapai seperti bawah mata dan sisi hidung. Misalnya, teknik bouncing adalah digalakkan berbanding sweeping agar anda masih boleh mendapatkan coverage yang dikehendaki.
2. Berus foundation


Berus foundation atau berus bedak asas boleh hadir dalam pelbagai bentuk seperti rata (flat), padat (buffing) atau berkepala bulat. Fungsinya adalah untuk meratakan sapuan bedak asas pada wajah bersama coverage tinggi. Berus solek jenis padat seperti ini membantu menghasilkan kemasan yang lebih sekata, terutama apabila menggunakan bedak asas bertekstur cecair atau krim. Berus bedak asas ini juga boleh memberikan kawalan serta ketepatan optimum dalam setiap sapuan. Berbanding beauty sponge, berus bedak asas juga tidak menyerap produk dengan banyak, menjadikannya alat solek sempurna untuk anda yang menginginkan coverage penuh dalam solekan anda.
3. Berus concealer


Berus concealer lazimnya bersaiz kecil dengan hujung rata atau sedikit tirus. Ia direka untuk menyapu concealer secara lebih tepat pada bahagian bawah mata, sekitar hidung atau bagi menutupi cela di tempat khusus bersama coverage yang tinggi. Berus ini juga membantu membina coverage tanpa membuatkan solekan kelihatan tebal. Contohnya, anda boleh melakukan teknik tapping di tempat yang memerlukan coverage agar anda boleh mendapatkan hasil solekan yang tampak sempurna.
4. Berus bedak tabur


Berus bedak tabur atau powder brush ini kebiasannya mempunyai bulu yang besar, lembut dan gebu. Berus bedak tabur ini digunakan untuk menyapu bedak tabur atau bedak padat secara sekata. Sapuan ringan boleh membantu anda menjadikan solekan kekal lama dan tidak bercapuk. Sebagai contoh, teknik baking menggunakan translucent powder pada bahagian contour pipi mampu memberikan definisi yang lebih ketara, sekaligus menjadikan struktur wajah kelihatan lebih berdimensi.
5. Berus eyeshadow


Set berus pembayang mata terdiri daripada beberapa jenis dengan fungsi berbeza. Berus rata digunakan untuk meletakkan warna utama pada kelopak mata, manakala berus yang lebih gebu sesuai untuk mengaburkan sempadan warna agar solekan tampak lebih lembut dan profesional. Jika anda menggunakan berus pembayang mata yang tepat untuk solekan mata, proses menggabungkan beberapa rona pembayang mata menjadi lebih mudah.
6. Berus pemerah pipi


Berus pemerah pipi kebiasaannya berbentuk bulat atau sedikit menyerong. Bentuk ini memudahkan sapuan mengikut struktur tulang pipi bagi menghasilkan rona pemerah pipi yang tampak semula jadi. Anda boleh gunakan gerakan lembut dari bahagian tengah pipi ke arah pelipis untuk efek yang lebih natural.
7. Berus contour


Contour memerlukan ketepatan, justeru berus contour berbentuk menyerong sering menjadi pilihan untuk menghasilkan solekan yang tampak sempurna. Bentuknya memudahkan aplikasi pada bahagian bawah tulang pipi, sisi hidung dan garis rahang bagi menghasilkan ilusi wajah yang lebih berdimensi. Jika anda menggunakan berus contour, ia juga memberikan anda kawalan terhadap bahagian yang ingin disapu.
8. Berus highlighter


Berus highlighter lazimnya berbentuk kipas (fan brush) atau kecil dengan hujung tirus. Ia membantu anda menyapu highlighter secara ringan pada bahagian tinggi wajah seperti tulang pipi, batang hidung, tulang kening dan atas bibir untuk memberikan kesan seri yang tidak keterlaluan.
9. Berus eyeliner


Berus eyeliner merupakan antara alat kecil yang memberi impak besar dalam solekan mata. Dengan hujung yang nipis dan runcing, ia direka khusus untuk menghasilkan garisan yang lebih tepat dan kemas, sama ada untuk gaya winged liner yang dramatik mahupun garisan halus yang lebih natural. Berus ini membolehkan kawalan yang lebih baik ketika mengaplikasikan gel atau krim eyeliner, sekali gus membantu membentuk garisan yang lebih tajam dan seimbang di sepanjang garis mata.
10. Powder puff


Dengan teksturnya yang lembut dan sedikit gebu, powder puff direka untuk menekan bedak tabur ke permukaan kulit secara sekata, sekali gus membantu mengunci solekan tanpa mengganggu lapisan asas yang telah dibina. Penggunaannya memberikan kemasan yang lebih halus, terutama pada bahagian yang mudah berminyak seperti T-zone wajah.
Artikel berkaitan: Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Artikel Berkaitan
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitto...
Mitos Atau Fakta, Minuman Kolagen Buat Kulit Flawless?
Pilihan Bacaan Seterusnya
Victoria’s Secret Swarovski Look Dengan Perincian 1 Ju...
8 Idea Hadiah dari Dior untuk Yang Terkasih
Sheena Liam Sudah Bertunang Bersama Pelukis Berbakat Lithuni...
Portfolio Aset Hartanah Bersama, Angelina Jolie & Brad ...
Best Dressed: MTV Video Music Awards 2015
Lancôme Kembalikan Kulit Awet Muda Dengan Serum Rénergie H...
Tip Berguna Memakai Pemerah Pipi
Charlotte Casiraghi Duta Baru Chanel
Milan Fashion Week SS19: Penampilan Istimewa Selebriti-Seleb...
Multi-Sensory Journey SUBLIMIC
Eva Woon, Figura Di Sebalik Barang Kemas Lokal ‘Inari ...
Santai di Samui
7 Jenama Kecantikan Terkenal Milik Selebriti Lelaki
Raikan Cinta Anda Di Sunway Putra Hotel Valentine’s Da...
Pameran Fesyen Manifesto Gabrielle Chanel di Victoria and Al...
12 Busana Daring Yang Digayakan Selebriti Di Karpet Merah
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
