fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Cetakan Tuscan Wildflowers, Sentuhan Seni Salvatore Ferragamo
#FLORADANGARIS
Claire Danes Tampil Bak Cinderella Dengan ‘Light-Up Dress’ Di MET Gala 2016!
Gaya Red Carpet Di British Fashion Awards 2025
Chaumet Rai Koleksi Ikonik di Butik Pop-Up Eksklusif ION Orchard, Singapura
Home > Fesyen > Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel

Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Oleh Chanel

Laufey mendandankan barang kemas eksklusif koleksi Ruban daripada Chanel yang menjadi simbol kebebasan, feminin dan keanggunan.

Sewaktu acara istimewa Chanel High Jewellery, Laufey yang merupakan penyanyi terkemuka itu dilihat mengayakan perhiasan barang kemas daripada koleksi Ruban. Turut menyanyikan beberapa lagu daripada senarai karya muzik miliknya, perhiasan itu disaksikan berkilau indah diiringi kehadiran Laufey yang menawan. Gaun hitam berpotongan V-neckline menjadi pilihan Laufey, disempurnakan dengan solekan natural yang lembut serta rantai, cincin dan anting-anting istimewa daripada koleksi Ruban. 

Gemerlapan Koleksi Ruban yang Menghidupkan Keyakinan 

Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Daripada Chanel

Bentuk reben, elemen ikonik yang diilhamkan daripada dunia couture, telah menjadi inspirasi kepada Chanel Fine Jewellery untuk menghasilkan seni ikatan dan lepasan ikatan yang penuh pesona dan keanggunan. Kehadiran Laufey menyinari pentas, terutamanya apabila diserikan dengan perhiasan barang kemas Ruban yang ikonik. Dihiasi dengan koleksi Ruban, Laufey merasakan dirinya tampil begitu anggun dan penuh keyakinan di atas pentas. Setiap langkahnya seakan memancarkan kilau halus,dan menghadirkan rasa bersinar yang diyakini wajar dimiliki oleh setiap wanita.

Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Daripada Chanel

Koleksi rekaan Ruban yang feminin dan eksklusif ini diilhamkan daripada kecintaan Gabrielle Chanel terhadap reben, simbol kepada keanggunan serta kebebasan. Garisan yang mengalir serta lengkungan halus motif barag kemas Ruban itu merakam pergerakan dan kelembutan fabrik, lalu mengangkat reben yang sederhana menjadi sebuah karya seni yang elegan dan abadi. Ia hadir dalam bentuk rantai, cincin dan anting-anting yang masing-masing dibaluti dengan 18K emas puth serta berlian.

Menghayati Seni, Menghargai Masa 

Laufey Dalam Kilauan Koleksi Ruban Daripada Chanel

Laufey pernah menyatakan bahawa “segala-galanya bergerak terlalu pantas,” sekali gus menzahirkan pandangannya terhadap hubungan antara masa dan seni pertukangan. Bagi Laufey, ada ketikanya penting untuk bergerak perlahan. Dalam dunia yang serba laju ini, Laufey melihat segala-galanya terasa seakan berlalu tanpa sempat dihayati. Justeru, menurutnya, pendekatan yang lebih perlahan membolehkan seni dihasilkan dengan penuh ketelitian dan dedikasi, lalu melahirkan karya yang lebih bermakna, sarat dengan jiwa dan nilai yang berkekalan.

Artikel berkaitan: Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel