fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Strategi Hindari Kedutan Pada Wajah
Musuh Mata Berkedut
Effortless Beauty Di Cannes 2023
Coming Soon: Kerjasama Caitlyn Jenner & Jenama Kosmetik Besar
GLAM Reviu: Terapi Tubuh Hebat Untuk Berat Badan Ideal Kekal Lebih Lama
Home > Cantik > Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes

Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes

Koleksi My Very Intimate daripada Maison Francis Kurkdjian kembalikan wangian ikonik Cologne Pour le Matin dan Cologne Pour le Soir.

Wangian itu hadir dekat dengan diri dan membentuk satu ikatan halus yang sukar dijelaskan, namun begitu peribadi seolah-olah sebahagian daripada jiwa sendiri. Terdapat aroma yang melangkaui makna minyak haruman itu sendiri, lalu menjadi sebahagian daripada identiti. Wangian yang menjadi tanda peribadi pada kulit boleh mengiringi perjalanan hidup, mencorakkan detik harian dan merakam kenangan yang kekal tersemat. Sebagai perfumer dan pengarah artistik kepada Maison yang mengusung namanya, Francis Kurkdjian telah mendedikasikan lebih tiga dekad untuk memperkukuh ikatan antara setiap ciptaannya dan mereka yang memakainya. Melalui koleksi My Very Intimate Perfumes, Maison Francis Kurkdjian memperkenalkan semula rangkaian wangian yang pernah diperkenalkan sewaktu awal penubuhan mereka. Wangian ikonik Cologne Pour le Matin dan Cologne Pour le Soir, yang diinspirasikan daripada keindahan waktu siang dan malam, kini dihidupkan semula dalam koleksi My Very Intimate Perfumes ini.

Keindahan Waktu Fajar Cologne Pour le Matin

Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Wangian Ikonik Dalam Koleksi My Very Intimate Perfumes

Cologne Pour le Matin daripada Maison Francis Kurkdjian ini merangkul suasana hening sebelum hari bermula dan mengabadikan detik kesunyian yang perlahan-lahan berubah menjadi cahaya. Francis Kurkdjian menggambarkan pagi sebagai momen sarat kejujuran seperti ketika menikmati secangkir kopi di balkoni pada musim panas, sementara dunia masih tenang dan matahari mula terbit. Bagi beliau, pagi adalah simbol kebebasan akan semua yang bakal terjadi pada hari itu. Wangian ini diperkaya dengan gabungan nota bunga lavender dan rosemary yang memberi sentuhan aromatik yang segar, kemudian diikuti oleh nota akord musk yang halus, sekaligus mencipta keseimbangan antara tenaga dan ketenangan seperti cahaya fajar yang baru menyapa. Hasilnya, tercipta sebuah eau de cologne yang ringan di kulit, namun sarat dengan denyut kehidupan yang berpanjangan. Seperti kain lembut yang menyentuh kulit, wangian ini terasa ringan ketika disembur, lalu perlahan-lahan menyebar di udara. Jejak segarnya tidak terlalu kuat, tetapi cukup untuk meninggalkan rasa tenang, seakan menzahirkan kesegaran pagi yang sentiasa ada.

Pelukan Senja Cologne Pour le Soir

Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Wangian Ikonik Dalam Koleksi My Very Intimate Perfumes

Cologne Pour le Soir daripada Maison Francis Kurkdjian juga adalah salah satu wangian ikonik yang pernah dilancarkan sewaktu tahun 2009. Haruman ini ialah hadir memeluk tubuh penuh keselesaan yang lembut dan menenangkan dan membangkitkan detik rehat di antara sinaran terakhir matahari dan keajaiban malam. Wangian ini turut lahir daripada kenangan sewaktu kecil milik Francis Kurkdjian, ketika beliau melihat datuknya mengenakan wangian sebaik pulang daripada bekerja. Tindakan ini bukan untuk meninggalkan jejak yang kuat, tetapi untuk menikmati ketenangan di rumah. Ia menzahirkan nota sillage ambar dan musk yang hangat dan diperkaya dengan sentuhan vanila resin benzoin yang menyatu lembut pada kulit, seakan pelukan senja yang penuh keintiman. Seperti merangkul magis waktu malam, wangian ini menghidupkan suasana yang damai. 

Artikel berkaitan: Apa Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda?