fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Transformasi Gaya Rambut Selebriti Sepanjang 2020
Estée Lauder Lancar Kempen Kanser Payudara 2023
Diari Cantik Bersama Parisa Ardina Dadashpour
Drunk Elephant Lancar Ceramighty AF Eye Balm Oktober Ini!
Daiyan Trisha Wajah Good Girl Superluxe Di Malaysia
Home > Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’

Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’

Mengapa body oil kini merampas takhta perfume? Jom ketahui rahsia wangian tahan lama, kulit bercahaya, dan teknik layering terbaik untuk gaya mewah anda. 

Jika dahulu semburan minyak wangi sering diangkat sebagai pilihan utama untuk tampil berkeyakinan, kini peralihan trend kecantikan menyaksikan body oil mula disukai ramai para wanita. Ia kini menjadi kegilaan baharu para pencinta tegar wangian yang mahukan sesuatu yang lebih eksklusif untuk tubuh mereka. Untuk impak maksimum, pakai body oil sejurus selepas mandi ketika kulit masih lembap. Teknik ini sedang tular kerana ia mampu mengunci bau wangi tersebut sehingga 12 jam! Dari jenama gergasi sehinggalah jenama indie tempatan, produk ini sedang mencetuskan fenomena tersendiri. 

Trend ‘Clean Girl Aesthetic’ & Kulit Dewy

Trend kecantikan 2026 sangat mementingkan hidrasi dan kilauan semula jadi berbanding perfume berasaskan alkohol yang boleh mengeringkan kulit. Body oil menawarkan dua fungsi serentak memberi haruman yang memikat sambil mengunci kelembapan kulit. Sapuan minyak pada titik nadi memberikan kesan kilauan dewy glow yang membuatkan kulit kelihatan sihat, mewah, dan terjaga.

Haruman Lebih Tahan Lama & Intimate

Satu fakta sains wangian alkohol dalam perfume cepat meruap, manakala molekul minyak melekat lebih lama pada kulit. Bagi pencinta tegar wangian kini lebih gemar teknik layering menggunakan body oil kerana ia memberikan aromatik yang lebih intimate. Baunya tidak menjerit atau menyegat hidung orang sekeliling, sebaliknya ia menyatu dengan haba badan semula jadi untuk menghasilkan bau unik yang tersendiri.

Kebangkitan Wangian Berasaskan Terapi

Pengguna body oil sekarang bukan sahaja mahu berbau wangi, tetapi mahukan kelembapan dan ketenangan. Lambakan minyak badan premium di pasaran kini diformulasikan dengan minyak pati seperti sandalwood, vanila, rose, dan lavender. Ia bukan sekadar wangian, tetapi bertindak sebagai ritual penjagaan diri yang mengurangkan stres selepas seharian penat bekerja.

Jadi, tidak hairanlah mengapa botol-botol perfume kini mula digantikan dengan keanggunan sebotol minyak badan di atas meja solek para pencinta fesyen masa kini.

Artikel berkaitan: 10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada