Kempen Kanser Payudara Estee Lauder 2023

Estée Lauder Lancar Kempen Kanser Payudara 2023

Selama lebih daripada 30 tahun, kempen Kanser Payudara oleh Estée Lauder Companies telah didedikasikan untuk memajukan kemungkinan dunia bebas kanser payudara untuk semua.

Bulan Oktober ini, Estée Lauder Companies (ELC) menghargai Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini dengan melancarkan kempen ini sebagai sokongan kepada komuniti kanser payudara global.

Sebagai program impak sosial korporat terbesar ELC, kempen ini terus memberi inspirasi dan merupakan asas pelaburan sosial syarikat ini dalam kemajuan, kesihatan dan pendidikan wanita.

Melalui kempen ini juga, ELC telah lama menjadi penyokong wanita dalam bidang sains, penyelidikan dan perubatan – membiayai banyak geran dan program di seluruh dunia dan mempercepatkan peluang untuk wanita dalam STEM.

Kempen Kanser Payudara Estee Lauder 2023

Kempen Kanser Payudara Estée Lauder Companies telah membiayai lebih daripada $118 juta untuk penyelidikan global.

Dengan kerjasama KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) sebagai tempat rasmi, Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia menandakan permulaan Bulan Kesedaran Kanser Payudara apabila Menara Berkembar PETRONAS yang ikonik diterangi dalam warna merah jambu yang bersinar.

See also
Pilihan Nuansa Pusam Edisi Terhad Hermès Beauty

Sepanjang bulan Oktober, Estée Lauder Companies Malaysia akan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk KLCC Park Pink Walk, hidangan minum petang khas di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur serta acara yang membina komuniti kesejahteraan.

Estée Lauder Companies percaya bahawa bekerjasama dengan KLCC, destinasi utama di tengah-tengah Kuala Lumpur, akan memberi impak yang lebih besar untuk menyokong kesedaran kanser payudara yang lebih baik.

Kempen Kanser Payudara Estée Lauder Companies telah membiayai lebih daripada $118 juta untuk penyelidikan global.

ELC dan KLCCH akan menganjurkan “KLCC Park Pink Walk” yang akan datang pada 28 Oktober 2023, acara yang didedikasikan untuk meraikan kekuatan dan daya tahan pesakit kanser payudara. Para peserta akan menikmati berjalan-jalan yang tenang melalui KLCC Park dan membentuk formasi Pink Ribbon di Esplanade, KLCC Park. Ia bukan sahaja menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan tetapi juga sumbangan yang bermakna kepada usaha itu.

ELC bekerjasama dengan Sime Darby Automobile, yang menaja kenderaan elektrik (EV) Build-Your-Dream untuk mengangkut pesakit kanser dari kawasan terpencil ke hospital, untuk menjadikan rawatan mereka lebih mudah diakses.

See also
GLAM Memori: Aina Syahirah

Selain itu, sokongan ini juga membolehkan pegawai perubatan mencapai lebih banyak kawasan terpencil bandar yang mempunyai akses penjagaan kesihatan terhad, menggunakan EV yang ditaja untuk pemeriksaan kanser payudara penting melalui trak mudah alih.

Kempen kanser payudara ini diasaskan oleh Evelyn H. Lauder pada tahun 1992 dengan pelancaran Reben Merah Jambu yang ikonik.

Pada masa kanser payudara tidak diperkatakan secara terbuka, Evelyn dan ELC melihat peluang ini untuk cipta kesedaran terhadap penyakit ini dan menangani stigma dalam kesihatan wanita selain memberi inspirasi kepada pergerakan global misi kempen untuk mewujudkan dunia bebas kanser payudara untuk semua.

Malah, Kempen Kanser Payudara The Estée Lauder Companies dan Yayasan Amal The Estée Lauder Companies telah membiayai lebih daripada $118 juta untuk penyelidikan global menyelamatkan nyawa, pendidikan dan akses kepada perkhidmatan perubatan.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, anda boleh melayari laman web Estée Lauder Companies dan @esteelaudercompanies di Instagram.

Artikel berkaitan: 13 Selebriti Kesayangan Dunia Yang Bertarung Dengan Penyakit Kronik

See also
5 Produk Kecantikan Yang Harus Anda Miliki September Ini