GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

SHERINA MOHAMED NORDIN

 

Di sebalik tadbir industri televisyen yang glamor dan gah, ada wanita hebat yang mengemudinya. Sherina Mohamed Nordin, pengurus besar kumpulan TV3 dan TV9 merupakan seorang yang grounded, headstrong dan family-oriented, tiga kata sempurna merungkai diri wanita kelahiran Negeri Sempbilan ini. Keperibadian yang ceria dan mudah didekati, memudahkan segala persoalan peribadi dirungkai satu persatu. Aura personaliti wanita berusia 40 tahun ini jelas terasa. Sherina mampu menggalas gelaran karier dengan begitu gah sekali. Bak kata pepatah Melayu, daun mengenalkan pohonnya, daripada tingkah laku seseorang itu kita sudah dapat mengenali peribadinya. Graduan Universiti Missouri Columbia dalam jurusan kewartwanan ini juga lulusan Sarjana Komunikasi Media dan Massa, Universiti Teknologi Mara Shah Alam.