NADIA NASIMUDDIN
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioNur Nadia SM Nasimuddin, pewaris Naza Group, merupakan anak bongsu kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas Naza Group, dan Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail. Naza Group yang dimulakan sebagai sebuah syarikat perusahaan motor kini berkembang pesat dengan pelbagai cabang perniagaan seperti automotif, pembangunan hartanah, kejuruteraan, telekomunikasi, pelaburan, serta makanan dan minuman (F&B). Nadia terlibat secara langsung dalam cabang F&B melalui syarikat Lyfestyl Projects, yang diterajui bersama kakaknya, Nur Diana SM Nasimuddin.

Sebagai seorang ibu kepada empat orang anak, Nadia memulakan kerjaya dalam perniagaan keluarga sebaik sahaja tamat pengajian ijazah pada usia 22 tahun. Dia terjun ke dalam bidang F&B kerana minat mendalam terhadap makanan dan pengembaraan. Di bawah Lyfestyl Projects, Nadia telah berjaya membuka dua restoran baru, Dotty’s dan BLVD House, selain terus mengembangkan perniagaan pastri Dotty yang semakin popular. Selain itu, beliau juga menguruskan dua perniagaan peribadi, Portluxe yang menjual barangan mewah dan Pop Neutral yang menawarkan produk penjagaan untuk ibu bersalin.
Pada tahun 2010, Nadia berkahwin dengan Hamzah Alang Tan Sri Azman Shah, anak kepada peneraju industri perhotelan. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Aidan, Tahlia, Taraa Camila, dan Tia Inara. Walaupun sibuk menguruskan legasi perniagaan keluarga, Nadia berjaya mengekalkan penampilan menarik dan mengimbangi kehidupan profesional serta keluarga dengan penuh dedikasi.
Artikel Berkaitan: The Flavourful Journey Of Nadia Nasimuddin
Artikel Berkaitan
NADDY ZAC
SHIMA ANUAR
YBHG PUAN ANIS NABILLA
YBHG TO’ PUAN SYAMIM
YM TENGKU SHAHEERA
ZAIREEN ISKANDAR
DATIN AZILA CARAMELLA
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
