SARAH SHAHDAN - Glam Malaysia

SARAH SHAHDAN

Wajah muka depan GLAM Februari lalu, Sarah Shahdan pengasas jenama kecantikkan dan kosmetik, Marcell & Co. beranggapan era fesyen 20-an adalah terpaling glamor. “I call it the roaring 20’s!  The era of jazz and  apper dresses. Wanita di zaman ini memakai dres bulu, sepatu tumit tinggi; era kebangkitan aura paling glamor, menggoda, seksi, liar dalam masa sama begitu mewah dan dekaden. Malah, wanita juga dilihat mula berani menyerlahkan sisi maskulin dalam persalinan kemas tuksedo dan sut.” Grace Kelly adalah epitome sebenar elegan dan menawan bagi Sarah. Dengan identiti gaya “uncluttered sophisticated,” Grace Kelly membawa imej wanita yang kelihatan reserved, refined dan elegan yang sememangnya glamorous! “Sophia Loren, Rita Hayworth, Jean Harlow, Audrey Hepburn dan Marilyn Manroe pula adalah personaliti yang membawa persona penuh keyakinan, glow, dan feminism tersendiri sehingga terbitnya aura old glamor tanpa perlu kelihatan terlalu mencuba,” jelas wanita berdarah kacukan Arab dan Itali ini.

See also
AINA SYAHIRAH DATUK DR AZLIN