NADDY ZAC
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioNaddy Zac, seorang wanita muda berjiwa besar, merupakan pengasas kepada Nicola Beauty & Salon. Anak kedua daripada tujuh beradik ini mempunyai semangat kepimpinan dan cita-cita yang tinggi. Berbekalkan kelulusan dalam bidang Sains Komputer dan Matematik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), langkahnya ke dunia kecantikan bukanlah kebetulan, tetapi hasil gerak hati dan keyakinan diri.

Penubuhan Nicola Beauty & Salon bermula daripada pengalaman peribadi Naddy yang gemar mengunjungi salon untuk merias kuku dan bulu mata. Dia menyedari bahawa terdapat kekurangan salon kecantikan di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai perkhidmatan di satu tempat dengan suasana eksklusif dan premium. Berdasarkan pemerhatian ini, beliau mengambil langkah untuk membuka salon sendiri yang memenuhi keperluan tersebut.
Di sebalik kejayaan ini, berdirinya seorang lelaki yang menjadi sumber kekuatan iaitu suami tercinta. Suaminya bukan sahaja memberi dorongan dan nasihat, malah menjadi guru kehidupan yang mengajarkan disiplin, ketekunan, dan fokus dalam setiap langkah perniagaan. Pengalaman mengikuti suami ke tempat kerja juga membuka mata dan hati Naddy terhadap selok-belok dunia perniagaan untuk membina empayarnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Kuku Cat-Eye Fenomena Yang Menyinari Dunia Kecantikan 2025
Artikel Berkaitan
SHIMA ANUAR
YBHG PUAN ANIS NABILLA
NADIA NASIMUDDIN
YBHG TO’ PUAN SYAMIM
YM TENGKU SHAHEERA
ZAIREEN ISKANDAR
DATIN AZILA CARAMELLA
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
