GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

NIKKY AZURA

Pengasas Nailsmith Spa & Bar yang terletak di Publika tidak lain tidak bukan Nik Azura Nik Aminaldin atau lebih dikenali sebagai Nikky Azura. Wanita jelita berbadan langsing ini siapa sangka sudah mempunyai lima orang cahaya mata. Detik mendapat anak kembar turut dikongsi bersama team GLAM “that was the memorable part of my life” apabila melihat dua imbasan dengupan jantung di skin computer yang ditunjuk oleh doktor pada awal pemeriksaan. Sosialit yang sering dilihat menghadiri majlis glamor di ibu kota dengan tampil bergaya dengan adibusana serba lengkap tas tangan dan sepatu mewahnya.