GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

DATIN EZURIN YAACOB

Datin Ezurin Yaacob, international socialite dan jetsetter ini yang senantiasa mengembara dunia dengan bagasi dan entouragenya. London, Paris, New York sememangnya lokasi wajib, malah selalu dilihat mengisi undangan di minggu fesyen terkemuka seluruh dunia. Beliau turut mempunyai private villa di Bali dikunjung tika bermalas-malasan. Oh, what a life! Lebih dari sedekad menjadi mengguna tegar himpunan Stella Mccartney.  Susuk badan isteri kepada Datuk Tunku Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah ini persis anak dara namun sudah punya 5 orang cahaya mata. Walau jadualnya padat tetap memberi tumpuan penuh pada rumahtangga, pendidikan anak-anak dijadikan keutamaan. Sememangnya kehidupannya manjadi idaman ramai wanita di luar tika melihat beliau sentiasa on point membaluti persalinan mewah haute couture.