DATUK SERI SITI NURHALIZA - Glam Malaysia

DATUK SERI SITI NURHALIZA

Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 40, figura yang menjadi kesayangan Malaysia tidak kira lapisan umur dan masyarakat. Mestika hati rakyat Malaysia ini sentiasa subur namanya dan popularitinya terus menyinari gelanggang seni. Siti Nurhaliza  dikatakan antara penyanyi paling berpengaruh Malaysia dan berjaya memenangi hampir 300 anugerah tempatan dan antarabangsa. Hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mereka dikurniakan seorang anak gadis yang diberi nama Siti Afiyah. Kini beliau aktif berkongsi video kehidupan hariannya bersama anak tercinta di saluran Youtube keduanya iaitu Siti Official Video.