GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

YM CHE PUAN JULIANA EVANS

Pelakon dan pengacara popular memberikan berita gembira kepada tanah air apabila mendirikan rumah tangga bersama Y.A.M Tengku Sharifuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang merupakan kerabat diRaja Johor dan Selangor. Mendefinasikan dirinya sebagai Chic, effortless dan tidak terlalu mencuba untuk tampak seksi. Jadikan Maya Karin dan Sofea Jane sebagai idolanya. Memulakan bidang pengacaraan pada usia yang muda iaitu seawal 12 tahun mengemudi rancangan TV Remaja, undangan menjayakan siri TV, dipilih penghias wajah iklan dan sehinggalah disunting oleh penerbit filem. Mempunyai Ijazah Filem, Video dan Pengajian Media di Western Michigan University, Amerika Syarikat. Kini giat bersama HBO untuk beberapa program TV dan bersama RTM mengemudi rancangan Inovasi Hijau.