RAJA JESRINA ARSHAD - Glam Malaysia

RAJA JESRINA ARSHAD

Raja Jesrina Arshad ialah pemilik dan pengasas PurelyB sebuah portal panduan yang mempraktikkan kehidupan dan gaya hidup sihat. Dia mendapat pendidikan di Alice Smith School dan Garden International School di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke United Kingdom untuk peringkat A-Levels di sekolah asrama perempuan Malvern Girls College. Memiliki ijazah sarjana dengan kepujian dalam jurusan Multimedia Technology and Design dari Universiti Kent di Canterbury,  kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan pemasaran di peringkat sarjana langsung lulus dengan kepujian kelas pertama dari Kingston Business School, juga di United Kingdom.  Selesa dipanggil Jess, dia meminati gaun-gaun indah dari pereka Ralph & Russo.