Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh - Glam Malaysia
Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh

Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Koleksi Musim Luruh terbaharu Royal Selangor tampil dengan kehalusan pengalaman multisensori. Barisan item dalaman mewah yang terdiri daripada Mujyo, koleksi peralatan dapur dan Toolbar ini diilhamkan sempena merai kreativiti dan kehalusan.

Royal Selangor meraikan detik-detik istimewa dalam kehiudpan dengan menyediakan pengalaman gaya hidup yang tidak dapat dilupakan, disampaikan melalui reka bentuk dan ketukangan. Bersempena pelancarang musim luruh baru-baru ini, Royal Selangor bekerjasama bersama dua personaliti berbakat dan berkemahiran dalam bidang mereka untuk menyampaikan pengalaman multideria yang menggabungkan ketukangan halus dengan campuran seni masakan.

“Royal Selangor sentiasa mencari cara baharu dan inovatif untuk mencipta reka bentuk, produk dan tawaran baharu yang bukan sahaja memenuhi permintaan pelanggan kami tetapi menitikberatkan pengalaman pelanggan kami. Koleksi ini merai kerjasama, kreativiti dan inovasi langsung menyeru artis dalaman untuk mencuba dan meneroka kreativiti mereka,” jelas Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li.

Royal Selangor Melancarkan Koleksi Baharu Sempena Musim Luruh