Rolex Oyster Perpetual Land-Dweller 2025: Kemewahan Abadi - Glam Malaysia

Rolex Oyster Perpetual Land-Dweller 2025: Kemewahan Abadi

Didorong oleh visi tunggal untuk mencipta revolusi dalam setiap aspek pembuatan jam tangan, Rolex tampil berani meneroka horizon baharu dalam dunia horologi menerusi koleksi tahun 2025. Ketekunan tanpa kompromi terhadap kesempurnaan, jenama unggul dari Switzerland ini sekali lagi membuktikan bahawa masa bukan sekadar dikira tetapi dicipta dengan keindahan dan keagungan.

Oyster Perpetual Land-Dweller 36

Kemunculan Oyster Perpetual Land-Dweller mencatat lembaran baharu dalam sejarah Rolex. Sebagai kemuncak kepakaran jenama ini, model Land-Dweller mewakili lebih daripada sekadar sebuah jam ia adalah lambang pencapaian teknologi dan ketukangan luar biasa. Sebanyak 32 hak paten berkaitan dengan rekaan ini, di mana 18 daripadanya eksklusif hanya untuk Land-Dweller, termasuk 16 paten yang khusus kepada pergerakan dalamannya kaliber 7135 berfrekuensi 5 Hz yang luar biasa.

Oyster Perpetual Land-Dweller 40

Jam ini juga diperhalusi dengan tali Flat Jubilee yang direka khusus untuk koleksi ini, menyatu begitu lancar dengan bingkai jam sehinggakan hampir tidak dapat dibezakan. Tersedia dalam dua saiz 36 mm dan 40 mm, Land-Dweller hadir dalam pelbagai kombinasi logam berharga termasuk versi white Rolesor dengan bezel beralur dan dail putih intensif bermotif sarang lebah. Setiap inci perincian direka untuk mencapai prestasi superlatif yang sesuai untuk apa jua suasana, melambangkan keseimbangan antara pemakai dan dunia sekelilingnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROLEX (@rolex)

Dari Land-Dweller 40 dalam platinum 950, hingga model Everose gold 18 ct yang mewah dan varian Rolesor putih yang tampak bersahaja namun anggun, setiap variasi adalah puisi mekanikal yang menyatu antara ketelitian teknikal dan estetika elegan. Dalam pencarian berterusan ke arah kecemerlangan, Rolex terus menolak sempadan inovasi sambil mengekalkan seni ketukangan klasik yang tak lapuk dek masa. Koleksi 2025 adalah lambang dedikasi Rolex terhadap keseimbangan antara fungsi dan keindahan, mempamerkan DNA jenama yang berpaksikan ketepatan, kebolehpercayaan dan gaya sofistikated.

See also
Mystery Clock Mini Panthère Nan Memukau

Dengan Land-Dweller, Rolex tidak hanya mencipta masa, ia membentuk legasi.

Artikel berkaitan: A Watch Born to Explore : Ekshibisi Eksklusif Rolex