Aksesori Pilihan Sosialit: Angela Karto - Glam Malaysia

Aksesori Pilihan Sosialit: Angela Karto

angela

Rantai berlian Journey To The Heart for Forevermark dan cincin berlian dan mutiara daripada emas merah, Diamond&Plantinum. Kot Burberry Prorsum


 
Ternyata Angela tahu gaya yang bersesuaian untuknya. Dia memilih sendiri kot Burberry Prorsum di rak ceraian untuk disatukan bersama perhiasan kemas dari Forevermark dan Diamond&Plantinum.
 
“My personal style evolves with age and also what is current now. Tapi saya lebih gemar rekaan tailored untuk digabungkan bersama perhiasan kemas atau statement piece, boleh jadi jaket, kasut atau apa sahaja.”
 
Penyelarasan yang sempurna inilah yang bakal menonjolkan kedua-duanya tampil compliment. Dia cukup bertuah diturunkan barang kemas dari arwah neneknya yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Begitu juga cincin pertunangannya. Dia menetapkan rekaan cincin yang ringkas, elegan, dan boleh dipakai setiap hari.
 
Ditanya apakah aspek utama sebelum membeli jewelry?
“The designs, workmanship, quality of the stones and of course the price so I’ll know how much groveling I have to do to the husband. Haha!”
 
Oh ya, pada suaminya yang tersayang (hint,hint!) Angela sudah merangkakan item impiannya dari koleksi Ballerina and Fairy Pins dari Van Cleef & Arpels, The Graff Pink oleh Harry Winston dan rantai sautoir bertatahkan nilam biru dari himpunan The Art Deco Bulgari.

See also
Elsa Hosk Angel Baru Victoria’s Secret