Aura Cahaya Natal Sejoli - Glam Malaysia
AURA CAHAYA NATAL SEJOLI 01

Aura Cahaya Natal Sejoli

Biasan cahaya dari balik muka kristal nilam yang melindungi nadi pergerakan automatik arloji True Square Open Heart; memperkasakan pertalian kasih dalam menyambut ambang malam Natal bersama pasangan.

Foto : Rado Malaysia

Menjelang malam natal yang bakal menyingsing pada hujung tahun ini, Rado mempersembahkan dua versi terkini arloji ikoniknya yang cukup mempesonakan yakni True Square Open Heart. Menjadi pilihan sekalian pemuja lapangan arloji sedunia, dua model ini tampil meraikan ungkapan persahabatan, magis biasan cahaya serta kilauan kegembiraan. Sekali gus, memuliakan memori kehidupan bersama dalam arloji berbalut rona hitam buat si arjuna. Manakala putih mencerminkan sisi kasih juga kesucian si srikandi.

AURA CAHAYA NATAL SEJOLI 04

Arloji Dua Sejoli

Hadir dengan kerangka acuan monoblok berdimensi 38.0 x 44.2 x 9.7 mm serta gelang tali jam dalam seramik berteknologi tinggi hitam berkilat buat model lelaki. Memaparkan reka bentuk empat segi sama yang ikonik ciptaan Rado, wajah baharunya tampil dengan sudut lengkungan yang lebih lembut. Ditambah lagi dengan paparan visual laman dail yang memperlihatkan pergerakan automatik di dalamnya. Model warna hitam ini tampil kontras mengimbangi model hipoalergenik buat para wanitanya, yang dieksekusi dalam seramik berteknologi tinggi rona putih polos. Seri penampilannya disempurnakan dengan kerangka jarum jam bersadur emas lalu disuntik cat kilau Super-LumiNova®. Bagi menambahkan sentuhan eksklusif yang berpunya kelas yang tersendiri, model ini turut bertatahkan 12 butir berlian sejumlah 0.096 karat buat paparan indeks masanya. Sekali gus, ia memancarkan sisi keanggunan mutlak.

See also
Orientasi Oriental Abd Razak Ahmad
AURA CAHAYA NATAL SEJOLI 02
Putaran Waktu Berkasih

Di tengah-tengah pusat jam tangan ini menampilkan pergerakan automatik Rado kaliber R734. Demikian, kehadirannya dikagumi menerusi balik kerangka menggenggam komponen dalaman pergerakan dengan teknik corak hiasan Côtes de Genève yang rumit. Selain pesona dan keindahannya yang menawan, True Square Open Heart berpunya rizab kuasa sehingga 80 jam lalu menjadikannya satu kreasi arloji yang kekal buat mengimbangi kehidupan seharian.

AURA CAHAYA NATAL SEJOLI 03

Kilauan Cahaya Berdansa

Dalam magis ruang masa yang bertuah ini, malam ambang Hari Natal meraikan budaya memberi dan menerima hadiah. Secara tidak langsung, menghargai kembara hidup bersama. Memancarkan refleksi cahaya istimewanya, daripada kilauan berlian tampil di sisi muka dail. Beralih kepada perincian hiasan rumit asal Swiss pada kerangka laman dail, True Square Open Heart kreasi Rado nyata meraikan paparan masa buat pasangan sejoli bersama.

Pautan berkaitan: Jennifer Lawrence; Sang Epitome Keanggunan