Ili Sulaiman, chef selebriti era millennial. Kerjaya kuliner Ili mula memuncak apabila dia menjuarai program terbitan Asian Food Channel (AFC), Food Hero (2014). Rancangan masakan pertama Ili, Diari Mangkuk Tingkat (Astro) mendapat sambutan luar biasa dari kalangan anak muda yang baru mahu mengenal dapur kerana Ili menfokuskan hidangan home cook fusion yang mudah dan ringkas untuk dicuba.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar. Ibu dan nenek gemar memasak dan menjamu kaum keluarga. Keluarga saya masih mengamalkan rewang apabila ada keraian,” beritahu wanita kacukan Melayu, Cina, India dan Inggeris ini. Ili juga dalam rangka membuka studio masakan untuk menawarkan lebih banyak peluang untuk aktiviti berkaitan kulinari seperti studio, bengkel memasak, demonstrasi masakan dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa resepi yang dikongsi Ili yang mempunyai cita rasa warisan Malaysia.

Ayam Panggang ala Maghribi
Bahan-bahan
3 ketul paha ayam
1 tin tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar kuning
4 ulas bawang putih
2 sudu besar campuran rempah Maghribi mix (moroccon spices) untuk daging
2 tangkai daun rosemary
1 sudu kecil emping cili
2 cawan air
¼ cawan buah zaitun
8 sudu besar minyak zaitun
1 biji terung terung dipotong dadu
Garam
Gula
Lada hitam
Cara menyediakan
- Panaskan minyak zaitun ke dalam periuk. Masukkan terung dan masak sehingga terung kekuningan. Ketepikan.
- Masukkan peha ayam ke dalam mangkuk. Perasakan ayam bersama garam dan lada secukup rasa. Gunakan periuk memasak terung tadi dan masak paha ayam di bahagian bawah (kulit) dulu sehingga keperangan. Ketepikan.
- Kemudian, masukkan 1 tin tomato dan 1 cawan air. Masak sehingga mendidih. Perasakan bersama garam, lada dan gula secukup rasa.
- Selepas 5 minit, masukkan ayam dan masak lagi selama 10 minit. Masukkan terung dan buah zaitun. Masak lagi selama 10 minit sebelum menghidang.
Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Gambar : Robin Yong
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
