Ili Sulaiman, chef selebriti era millennial. Kerjaya kuliner Ili mula memuncak apabila dia menjuarai program terbitan Asian Food Channel (AFC), Food Hero (2014). Rancangan masakan pertama Ili, Diari Mangkuk Tingkat (Astro) mendapat sambutan luar biasa dari kalangan anak muda yang baru mahu mengenal dapur kerana Ili menfokuskan hidangan home cook fusion yang mudah dan ringkas untuk dicuba.

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar. Ibu dan nenek gemar memasak dan menjamu kaum keluarga. Keluarga saya masih mengamalkan rewang apabila ada keraian,” beritahu wanita kacukan Melayu, Cina, India dan Inggeris ini. Ili juga dalam rangka membuka studio masakan untuk menawarkan lebih banyak peluang untuk aktiviti berkaitan kulinari seperti studio, bengkel memasak, demonstrasi masakan dan banyak lagi. Berikut adalah beberapa resepi yang dikongsi Ili yang mempunyai cita rasa warisan Malaysia.

Sotong Kurita bersama Kentang dan Serbuk Paprika
Bahan-bahan
200 gm sotong kurita
2 biji kentang direbus
1 sudu kecil serbuk paprika
3 sudu kecil ekstrak minyak zaitun
1 liter air
½ biji lemon
Garam
Cara menyediakan
- Tuangkan air bersama lemon ke dalam periuk dan rebus air sehingga mendidih. Masukkan sotong dan masak sotong pada suhu api sederhana selama 45 minit atau sehingga sotong empuk.
- Hidangkan sotong bersama kentang rebus yang dihiris. Renjiskan sedikit minyak zaitun dan taburkan serbuk paprika dan garam secukup rasa.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
