The Chow Kit Menghadirkan Nostalgia Ramadhan - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

The Chow Kit Menghadirkan Nostalgia Ramadhan

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Chow Kit

Citarasa Ramadhan akan disediakan untuk kumpulan kecil 2 hingga 3 tetamu pada harga RM250 dan keluarga 4 hingga 5 tetamu pada RM450. Bagi mereka yang datang dalam kumpulan yang lebih besar atau hanya ingin mencuba lebih banyak item pada menu eksklusif ini, pilihan tambahan disediakan termasuk kari ketam bunga manis pada harga RM80 dan sup daging kambing aromatik pada harga RM30 adalah salah satu yang tidak boleh dilepaskan.

Untuk pilihan bawa pulang, Berbuka Tiffin ialah untuk 2 hingga 3 orang bagi mereka yang gemar berbuka puasa dalam keadaan selesa di rumah atau menghantar kepada orang tersayang sebagai hadiah. Berharga RM165, hidangan seperti rendang dendeng, ikan assam tenggiri, nyonya kari kapitan, Nasi Ulam berserta kerepek tempe dan sambal istimewa mereka dibungkus dalam kemasan tiffin yang cantik dan ia turut didatangkan dengan 2 botol teh madu.

Para tetamu yang inginkan privasi yang dipertingkatkan, The Chow Kit mempersembahkan PRIVATE @ The Chow Kit. Menampung maksimum 6 orang, pengunjung boleh berbuka puasa dari bilik tetamu intim yang direka oleh Studio Tack kolektif yang berpangkalan di Brooklyn. Daripada membuat permintaan perkhidmatan dan pesanan tambahan melalui telefon peribadi, penyesuaian hiasan, hingga memainkan senarai main Spotify anda sendiri pada TV interaktif kami, PRIVATE membolehkan pengunjung menyesuaikan pengalaman mereka.

Artikel Berkenaan:Nikmati Citarasa Eksklusif EQ Kuala Lumpur Di Rumah