fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pengamalan Air Lemon Pada Waktu Pagi, Mitos Atau Kebenaran Kesihatan?
Kate Hudson Umum Pertunangan Dengan Pemuzik, Danny Fujikawa
Michelle Yeoh Lakar Sejarah Di SAG Awards 2023
Will Smith Memohon Maaf Di Oscar 2022
Olivia Munn Kini Bergelar Ibu

Tabiat Mandi Selebriti Mencetus Perbualan Hangat Di Hollywood

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dwayne bukan satu-satunya selebriti yang menentang rutin jarang mandi di kalangan bintang Hollywood. Terbaharu, Cardi B turut meluahkan kekeliruan mengenai trend yang dilihat agak menggelikan ini.

“Apa masalah mereka yang tidak suka mandi? Kulit akan gatal jika tidak mandi,” tulisnya di Twitter.

Walau dikecam netizen, pakar dilihat bersetuju dengan rutin kebersihan diri ini – namun hanya untuk kanak-kanak.

“Tubuh menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi rambut dan kulit. Jadi sebaiknya elakkan mengganggu proses tersebut,” kata Daniel Ganjian, pakar kanak-kanak di Providence Saint John’s Health Center, California.

Tambahnya, kekerapan memandikan anak bergantung kepada usia dan tahap kekotoran pada tubuh. American Academy of Dermatology Association menyaran agar bayi dimandikan dua kali seminggu, manakala kanak-kanak pula sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Foto: Getty Images (4)/Shutterstock

Baca: Akui Jarang Mandi, Rutin Kebersihan Ashton Kutcher & Mila Kunis Disokong Pakar

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse