Selena Gomez mengatakan dia bakal memberi persembahan terakhir kala diwawancara oleh Vogue untuk edisi April 2021.
Penyanyi judul terkenal “Lose You To Love Me”, Selena Gomez memberi petunjuk akan bersara dari industri muzik, dengan mengatakan ‘I want to give it one last try.’ kepada Majalah Vogue baru-baru ini. Penyanyi berusia 28 tahun itu mengejutkan peminatnya dan membuat spekulasi mengenai karier muziknya kerana dia sudah membuat keputusan untuk terlibat dalam bidang filem pada masa hadapan.
Selena Gomez berkongsi kejutan itu untuk kemunculan pertamanya buat tahun 2021 kepada Vogue. Selena tidak berselindung dan secara terang-terangan berbicara tentang alasannya bertindak memutuskan hubungan dengan internet dan media sosial dengan sengaja tiga tahun lalu. Antara sebabnya, tentang bagaimana kemasyhuran perjalanannya sebagai bintang kanak-kanak Disney dan dikejar oleh paparazzi pada usia muda mempengaruhi kehidupannya, dan akhirnya Selena mempertimbangkan untuk berhenti dari muzik sehingga dia dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada lakonan.

Tambah Selena lagi, sukar baginya untuk terus berkarya dalam bidang muzik kerana ramai menganggap dirinya tidakserius dan ia menyebabkan Selena mengalami kegelisahan dan sering menyoal diri mengapa dia perlu terus melakukannya (muzik). Selena berbangga dengan karyanya yang berjudul ‘Lose You to Love Me’ dan mengatakan lagu itu merupakan lagu terbaik yang pernah dihasilkan, namun Selena mengetahui bahawa sesetengah orang tidak menyukai lagu itu dan masih belum cukup bagus.
Selena juga bercerita tentang perasaan yang menghantuinya yakni orang masih memandangnya sebagai gadis bintang Disney. Selena menjelaskan bahawa permulaan kariernya lakonannya bersama Alex Russo di Wizards of Waverly Place membuatkan dirinya merasa seperti dia perlu menjadi sempurna. Ini menyebabkan Selena perlu sentiasa tampil sempurna kerana dirinya dianggap sebagai idola kanak-kanak.

Penyanyi itu menjelaskan bahawa pengalamannya sebagai gadis bintang Disney itu mendorongnya untuk mendahulukan orang lain sebelum dirinya. Ia menyebabkan Selena mengalami masalah kewarasan dan menjejaskan masalah kesihatan mentalnya kerana terlalu mengatakan betul kepada orang lain. Kini tindakan Selena bersara dari dunia nyanyian adalah untuk kesejahteraan kesihatan mentalnya dan ingin bebas melakukan apa yang dia idamkan selama ini.
Artikel berkaitan, BTS Bintang Pop Terhebat 2020, Setanding Michael Jackson & Madonna
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
