Sajian Istimewa Di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Sajian Istimewa Di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Bersempena dengan kehadiran Ramadan, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur akan menyajikan citarasa tempatan melalui “Sajian Istimewa Seafood Assisted Buffet”, “Sajian Istimewa @ Home” dan juga Lemon Garden 2Go istimewa “Sajian Istimewa Gifts” di Lemon Garden.

Dalam semangat kebersamaan dan kemesraan, Ramadan adalah bulan yang penuh kesucian dalam mengeratkan silaturahim sesama keluarga untuk meraikan momen bersama. Oleh itu, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur akan mempersembahkan tawaran Ramadan untuk berbuka puasa eksklusif “Sajian Istimewa Seafood Assisted Buffet” di Lemon Garden, serta hadiah signature daripada Lemon Garden 2Go. Menikmati citarasa tempatan tradisional bersama yang tercinta, selain dapat berkongsi dengan hadiah isitimewa tiba Ramadan nanti.

Sajian Istimewa Tiffin Sets

Sajian Istimewa Seafood Assisted Buffet

Sepanjang Ramadan tahun ini, Lemon Garden bersedia untuk menyajikan pengalaman kulinari buat tetamu melalui “Sajian Istimewa Seafood Assisted Buffet”. Bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan, sajian berbuka puasa ini menawarkan hidangan makanan laut  dan masakan antarabangsa, bersama sajian Melayu yang kekal menjadi signature. Cef Eksekutif, Scott Henderson bersama Cef Safee dan Cef Safril akan menyediakan variasi citarasa Melayu yang asli, autentik dan penuh tradisi seperti Daging Rendang Minang, Kambing Masak Kurma, Udang Masak Sambal Petai, dan Ayam Masak Lemak Cili Api. Tidak dilupakan kaunter makanan laut yang menyajikan dari Tiger Prawn, Mud Crab, Green Lips Mussels hingga Scallops yang penuh kesegaran.

See also
Puteri Kate Middleton Sekali Lagi Melanggar Protokol Diraja

Bermula 12 April hingga 12 Mei, “Sajian Istimewa Seafood Assisted Buffet” boleh dinikmati untuk bukan puasa atau makan malam bermula 7 hingga 10 malam setiap hari, dengan harga RM178 net setiap orang dan RM198 net untuk Jumaat hingga Ahad. Ia turut boleh didapati untuk makan tengah hari, setiap Selasa hingga Ahad pada 12pm hingga 3pm dengan harga RM148 net setiap orang. Kanak-kanak antara usia 6 hingga 12 tahun pula setengah harga, manakala kanak-kanak bawah 6 tahun secara percuma.

Secara alternatif, pengunjung boleh mendapatkan baucar digital dengan harga RM160 net (Ahad hingga Khamis) dan RM178 net (Jumaat dan Sabtu) pada 12 Aprill hingga 12 Mei. Layari www.shangri-la-special.com untuk mendapatkan baucar anda. Jika anda merancang untuk mengadakan buka puasa bersama rakan sepejabat, Shangri-la Hotel turut menawarkan pembelian baucar dengan jumlah 20 ke atas, yang berharga RM151 net setiap satu melalui www.shangri-la-specials.com.

Sajian Istimewa @ Home

Sajian Istimewa @ Home

Buat yang selesa berbuka puasa di rumah, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur turut menyediakan perkhidmatan “Sajian Isitmewa @ Home” yang boleh didapati secara penghantaran dan juga pengambilan sendiri. Pilihan sajian termasuklah Kambing Panggang, Whole Roasted Ayam Percik, Lemang Pulut bersama Serunding, Satay, Daging Tulang Masak Gulai, Daging Rendang, Ikan Barramundi Masak Asam Pedas, Sayur Lodeh dan Ayam Kapitan yang hadir bersama pilihan tiga jenis nasi iaitu Nasi Minyak, Nasi Tomato atau Nasi Goreng Kampung. Layari www.shangri-la-specials.com atau telefon +603 2074 3900 atau WhatsApp +6019 390 2257 untuk membuat tempahan.

Sajian Istimewa Gifts

Sajian Istimewa Gifts – Lemon Garden 2Go

See also
Blue Ivy Carter Menang Anugerah Musik Video Grammy

Raikan kemuliaan Ramadan dengan koleksi eksklusif “Sajian Istimewa Gifts” yang merangkumi hamper, set tiffin dan juga kudapan savuri dan manisan yang sempurna buat keluarga, sahabat dan rakan bisnes. Boleh didapati dari 12 April hingga 16 Mei, terdapat empat variasi hamper iaitu Raya Delight, Lebaran Delight, Aidilfitri Treasure serta Aidilfitri Platinum yang berharga RM388, RM488, RM788 dan RM 1,188 net setiap satu. Traditional Dodol, Layered Cake, Berry Crush Cookies, Lemon Garden’s Sambal Sauce, Premium Dates, Pomegranate Juice, Chocolate Praline dan Honey antara yang disatukan ke dalam setiap hamper.

Juga terdapat Sajian Istimewa set tiffin dua tingat yang boleh didiapati. Antara pilihan yang disajiankan adalah Biryani Rice dengan Braised Lamb, Ayam Rendang dengan Pulut Kuning, Kari Kepala Ikan dengan Biryani Rice dan Beef Rendang dengan Pulut Kuning. Sempurna untuk diberikan sebagai pemberian istimewa kepada keluarga dan rakan-rakan kerana set tiffin itu mesra alam untuk digunakan semula nanti.

Sajian Istimewa Hampers

Untuk kudapan savuri dan manisan Sajian Isitimewa pula, antara yang mencuri selera adalah Kuih Gunting, Daging Serunding, Premium Dates, Crème Caramel, Pralines, Ketupat Cookies dan banyak lagi. Semuanya akan dipamerkan di Lemon Garden 2Go, boleh didapati secara penghantaran ataupun pengambilan sendiri.

See also
Taraji P. Henson Hampir Ragut Nyawa Sendiri Ketika Pandemik Covid-19

Foto: Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur

Baca lebih lanjut: Kate Winslet Kembali Mewarnai Televisyen Melalui Mare of Easttown