Inspirasi Di Sebalik Nama Anak Pertama Paris Hilton
Selepas sebulan bergelar ibu bapa, Paris Hilton dan Carter Reum akhirnya memperkenalkan cahaya mata sulung mereka kepada dunia.
Menerusi episod terbaru podcast This Is Paris, usahawan dan sosialit berusia 42 tahun itu mendedahkan nama anak lelaki mereka yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang pada akhir Januari lalu. “Anak lelaki saya diberi nama Phoenix Barron Hilton Reum. Saya dan Carter amat teruja dengan kurniaan indah ini. Saya telah merancang nama anak-anak saya sejak bertahun lalu.”

Foto: Instagram
Paris mendedahkan sebelum ini bahawa dia merancang untuk menamakan anak-anaknya dengan tema bandar, negeri atau negara, dan Phoenix merupakan nama sebuah bandar di Arizona, Amerika Syarikat. Selain itu Phoenix turut membawa maksud ‘harapan’, ‘kelahiran semula’ dan ‘transformasi’.
Tambahnya, dia memilih Barrron sebagai nama tengah untuk memberi penghormatan kepada mendiang datuknya Barron Hilton, pengasas rangkaian hotel Hilton yang meninggal dunia pada 2019.
“Dia sentiasa menjadi mentor saya dan saya amat menyanjunginya. Kami sangat rapat, dan saya merinduinya setiap hari, jadi saya benar-benar mahu memberi penghormatan kepadanya dengan menamakan anak pertama saya sempena namanya.”

Foto: WireImage
Selepas sehari mendedahkan nama, Paris berkongsi pula foto pertama anaknya kepada 22.4 juta pengikutnya di Instagram berserta kapsyen ringkas, “Baby Phoenix. Our whole entire world.”
Dalam sekeping foto, pelantun lagu Stars Are Blind itu dilihat mendukung sambil mengucup bibir anaknya. Sekeping lagi foto menunjukkan Phoenix tidur lena di bahu ibunya sambil Carter memberi kucupan mesra di dahi Paris yang sedang memejamkan matanya.

Foto: Instagram
Bulan lalu bintang Simple Life itu mengumumkan kelahiran Phoenix dengan berkongsi fotonya memegang jemari halus anaknya berserta kapsyen, “You are already loved beyond words” dan emoji hati berwarna biru. “Saya telah lama memasang impian untuk bergelar ibu dan amat gembira kerana dipertemukan dengan Carter. Kami sangat teruja untuk membina keluarga bersama dan hati kami dipenuhi rasa cinta dengan kehadiran anak lelaki kami.”
Pasangan sama cantik sama padan itu melangsungkan perkahwinan pada November 2021 dan sejak itu terbuka berbicara mengenai rancangan mereka untuk memiliki anak menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Foto: Page Six
Baca: Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
