Kate Winslet Kembali Mewarnai Televisyen Melalui Mare of Easttown - Glam Malaysia

Kate Winslet Kembali Mewarnai Televisyen Melalui Mare of Easttown

Pemenang Oscar, Kate Winslet membintangi siri drama terhad terbaharu, Mare of Easttown yang akan membuat debut pada 19 April 2021 di saluran HBO dan HBO GO.

Nama yang cukup ikonik, Kate Winslet adalah ikon layar perak yang tersendiri. Pemenang anugerah Oscar, Emmy, Grammy, Bafta dan Golden Globe itu mempunyai resume lakonan yang cukup versatil dan mengagumkan. Antara filem lakonannya seperti “Titanic”, “Eternal Sunshine of the Spotless Mind”, “Finding Neverland”, “Little Children”, “The Reader” dan juga siri filem “Divergent”. Kini, dia akan kembali mewarnai kaca televisyen dengan siri drama terhad baharu berjudul “Mare of Easttown”.

Bintang kelahiran United Kingdom, Kate Winslet terpilih menjadi peneraju utama dalam diri terhad tujuh episod yang akan membuat debut pada 19 April 2021. Siri HBO ini dihasilkan oleh Brad Ingelsby dan semua episod akan diarahkan oleh Craig Zobel yang terkenal melalui “The Leftovers”. Siri ini turut sama akan membuat debut di Amerika Syarikat pada waktu yang sama, dan boleh disaksikan melalui saluran HBO GO dan HBO di Astro.

Kate Winslet akan memegang watak bernama Mare Sheehan yang merupakan seorang detektif di sebuah pekan kecil di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ketika kehidupannya dilanda dengan pelbagai masalah dan dugaan, dia ditugaskan untuk menyiasat satu kes pembunuhan yang berlaku di pekan tersebut. Siri ini juga akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Julianne Nicholson, Jean Smart, Angourie Rice, Evan Peters dan juga Guy Pearce.

Melalui video trailer yang sudah boleh ditonton di Youtube, penonton dapat menyaksikan pergelutan yang dihadapi oleh Mare Sheehan dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang detektif, dan pada masa yang sama meneruskan kehidupannya di sebuah pekan kecil. Video trailer “Mare of Easttown” boleh ditonton di sini.

“Mare of Easttown” boleh distrimkan bermula 19 April 2021 di saluran HBO dan HBO GO. Penonton boleh mendapatkan aplikasi HBO GO di App Store atau Play Store. HBO Go juga boleh didapati di Astro.

See also
Dari ‘We’re Here’ kepada ‘Medical Top Team’: 6 Rancangan Baharu Perlu Tonton Sepanjang September 2021

Foto: HBO Asia

Baca lebih lanjut: Sea Beyond