Related Stories
Raja K-Pop, G-Dragon Bakal Kembali Dalam Dunia Muzik
Nama yang membuka pintu untuk genre Korean Pop, G-Dragon dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula pada 25 Oktober 2024 ini.
Kemunculan semula ini merupakan album solo pertama G-Dragon setelah tujuh tahun sejak mini albumnya yang berjudul Kwon Ji Yong pada tahun 2017. Dia memberi kejutan kepada peminatnya tahun ini dengan pelantikannya sebagai professor khas di KAIST. Selain itu, dia sekali lagi mengejutkan peminatnya dengan kemunculan dan persembahan spontan di atas pentas konsert ahli kumpulannya, Taeyang.
Raja K-Pop ini dikhabarkan oleh beberapa media Korea Selatan bahawa dia sedang merakam muzik videonya serta sedang membuat persediaan terakhir sebelum kemunculan semulanya pada 25 Oktober ini. Namun, wakil dari agensinya sendiri, Galaxy Corporation menyatakan, “Walaupun benar bahawa dia sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula, jadual khusus masih belum disahkan. Kami masih menyelaraskan tarikh kemunculan semula, dan tiada apa yang telah dimuktamadkan mengenai kemunculan semula solo pada 25 Oktober.”
https://www.instagram.com/p/C_JRuNbS2mv/
Pada 2 Oktober yang lalu, G-Dragon dikhabarkan baru sahaja habis merakam rancangan tvN ‘You Quiz on the Block’. Rancangan ini dihoskan oleh Yoo Jae-suk dan Jo Se-ho. Dia dikatakan bercakap mengenai album barunya di rancangan itu. G-Dragon juga dilaporkan bakal membuat persembahan di Anugerah MAMA 2024 yang akan datang bersama ahli kumpulannya, BIGBANG Taeyang dan Daesung. Tahun ini merupakan tahun yang sangat baik untuk peminat-peminat BIGBANG, VIPs.

G-Dragon juga mempunyai nama besar dalam industri fesyen dan membuka ruang antara K-Pop dan fesyen untuk selebriti terkini. Dia merupakan selebriti Asia pertama yang dilantik menjadi duta Chanel. Selain itu, G-Dragon juga merupakan selebriti Korea pertama yang berada di barisan hadapan Paris Fashion Week. Nama lagenda seperti Karl Lagerfeld juga menganggap G-Dragon sebagai muse untuknya.
Pautan Berkaitan: G-Dragon Dilantik Sebagai Professor Khas di KAIST, Korea
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
