Keselamatan Tunjang Keharmonian Qistina Taff Bersama Volvo - Glam Malaysia
Qistina Taff

Keselamatan Tunjang Keharmonian Qistina Taff Bersama Volvo

Qistina Taff, figura wanita yang sibuk mengurus perihal kerjaya dan dalam pada masa yang sama hebat menyeimbangi perihal keluarga, menjadi inspirasi GLAM.

Mengemudi Serai Group Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Projek memerlukan Qistina Taff sentiasa bergerak. Masakan tidak, menguruskan lebih 20 cawangan seluruh negara telah menjadi sebahagian rutin harian wanita ini. Fizikal yang cergas, mental yang fokus memainkan peranan penting dalam kehidupan Qistina pada setiap masa.

Kami bertanyakan tentang rutin harian Qistina dan ternyata sungguh padat. Seawal selepas Subuh lagi sudah sibuk menguruskan perihal anak. Membuat bekal sarapan kemudian menghantar ke sekolah langsung terus menuju ke pejabat. Kata Qistina,

“Kehidupan seharian memang sibuk. Pagi menguruskan keluarga kemudian terus ke pejabat bertemu pekerja. Setelah itu, saya akan keluar melawat restoran-restoran untuk menyelia bahagian operasi. Jika tidak, saya akan keluar untuk bertemu klien berpotensi. Hidup harian saya sememangnya sentiasa on the road!

Kerjaya dan Keluarga Keutamaan Qistina Taff

Berbicara tentang kerja, dalam menggalas tanggungjawab yang berat, Qistina bukan sekadar memastikan empayar jenama milik keluarganya kekal utuh dipersada industri makanan, malah dia turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan setiap para pekerja kekal terjaga. 

See also
Kim Kardashian Luah Rasa Cinta Buat Kanye West Dalam Mesej Hari Jadi

“Prosedur keselamatan amat penting. Kami akan memastikan latihan keselamatan dijalankan terutama sekali di dapur. Para pekerja harus tahu bagaimana hendak mengendalikan situasi kecemasan dengan berhemah. Setiap daripada kami harus menjalani latihan keselamatan induksi ini.”

Qistina Taff

Qistina Taff

Begitu juga tentang keluarga, keselamatan adalah titik fokus utama dalam memastikan keharmonian mental Qistina Taff. 

“Keluarga adalah “rumah” saya. Kunci kebahagiaan dan ketenangan yang tiada tandingan. Keselamatan mereka adalah keutamaan saya. Saya akan menjadi bahagia apabila mereka dekat dengan saya. Bayangkan jika salah seorang tidak bersama, sudah tentu diri menjadi tidak keruan.”

Qistina sekeluarga gemar mengembara. Jika ada masa terluang, pasti mereka akan keluar dan meneroka dunia luar. Tambah Qistina, mereka lebih suka memandu mengelilingi Malaysia. 

“Jika kami ada percutian keluarga, biasanya saya yang akan memandu. Suami juga tahu saya seorang yang suka memandu terutama sekali apabila ada road trip bersama keluarga! Pada saya, memandu mampu memberi ketenangan pada saya.”

Kembara Selamat Memandu Volvo XC40 Recharge Pure Electric

Dalam perjalanan harian ataupun ketika road trip bersama keluarga, keselamatan tetap menjadi faktor utama dalam pemilihan kenderaannya. Volvo Cars menjadi antara jenama pilihan wanita ini adalah kerana keyakinan yang tinggi terhadap sejarah pembuatan serta kualiti keselamatan yang dimiliki jenama Volvo Cars amat selari dengan falsafah kehidupannya.

See also
Persis Anak Patung! 10 Foto Terkini Puteri Kedua Juliana Evans

Tambahan pula, Qistina kini sudah mula meningkatkan usaha dalam melestarikan alam sekitar, demi kebaikan bumi dan masa depan generasi anak-anaknya. Ini adalah antara faktor yang mendorong Qistina dalam memilih kenderaan elektrik sepenuhnya iaitu Volvo XC40 Recharge Pure Electric sebagai kenderaannya.

Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric sebagai kenderaan elektrik sepenuhnya yang pertama, pada 2022, menggabungkan versatiliti kompak dan barisan model XC40 yang popular dengan rangkaian kuasa elektrik yang mampu memecut dari kelajuan sifar hingga 100km/j dalam masa kurang daripada 5 saat dengan jarak 438km pada cas penuh.

Reka bentuk dalaman kenderaan elektrik ini menawarkan tekstil Suede Charcoal Connect pada tempat duduk dan dibina sistem bunyi daripada Harmon Kardon eksklusif buat kenderaan ini. Selain itu, model terkini ini turut tampil dengan reka bentuk bahagian depan dan rim yang lebih terkini serta hadir dengan siri warna luaran tambahan iaitu ‘FJORD BLUE’ selain daripada warna sedia ada seperti ‘Crystal White’, ‘Black Stone’, ‘Thunder Grey’ juga ‘Sage Green’.

See also
Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Perceraian

Seperti Qistina Taff, anda juga berpeluang untuk mendekati dan merasai sendiri pengalaman inovasi keselamatan Volvo yang terbukti hampir 100 tahun kualitinya dan memandu Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini. Volvo Car Malaysia akan menganjurkan Pengalaman Pemanduan Keselamatan yang pertama kali diadakan di Lapangan Terbang Sungai Besi – landasan udara pertama Malaysia yang ikonik pada 2 dan 3 Mac 2024 ini.

Di sana, anda berpeluang untuk mempelajari tentang teknik pemanduan selamat daripada tenaga pengajar bertauliah serta dapat membina keyakinan tinggi di atas jalan raya bersama Volvo Car Malaysia. Pengalaman ini adalah percuma buat anda yang memiliki kenderaan peribadi Volvo. Manakala buat anda yang belum memiliki, anda boleh datang dengan yuran pendaftaran sebagai RM100. Slot hanya dibuka kepada mereka yang tercepat mendaftar sahaja. Daftar hari ini di sini!