fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kuasa Berbilang Tugas
Puisi Objek Hermès
Kekal Langsing Pada Usia 50-an, Apa Rahsia Halle Berry?
Uniqlo Lancar RE.UNIQLO Studio Pertama Di DA Square
Perkembangan Hubungan Putera William & Putera Harry Selepas Pemergian Ratu Elizabeth II
Home > Gaya Hidup > Park Hyatt KL Jadi Destinasi Wajib Buat Wanita Glamor

Park Hyatt KL Jadi Destinasi Wajib Buat Wanita Glamor

Park Hyatt Kuala Lumpur hadir membawa detik kemewahan buat wanita kini melalui pengalaman menenangkan di THE SPA dan keanggunan santai Afternoon Tea.

Di tengah hiruk-pikuk kota, hotel Park Hyatt Kuala Lumpur tampil sebagai destinasi yang merangkumi kemewahan dalam bentuk paling halus dan peribadi buat wanita moden. Di sini, setiap momen diatur untuk memberi ketenangan dan ruang untuk memanjakan diri. Daripada ritual pemulihan di THE SPA yang menenangkan tubuh dan minda, sehinggalah ke momen santai menikmati Afternoon Tea yang disajikan dengan sentuhan elegan. Park Hyatt Kuala Lumpur menjadi sebuah ruang oasis untuk penjagaan diri, hubungan sosial, dan gaya hidup bandar yang lebih teratur.

THE SPA, Ruang Ketenangan Untuk Jiwa Dan Tubuh

Park Hyatt Kuala Lumpur Tawarkan Pengalaman Mewah Menyeluruh Buat Wanita

Antara aktiviti yang dirangka khas buat ketenangan anda, Park Hyatt Kuala Lumpur mempersembahkan THE SPA, sebuah pengalaman penjagaan diri buat minda dan badan. Seawal melangkah masuk ke THE SPA, cahaya lembut, aroma menenangkan dan sentuhan kemewahan yang halus menyapa anda sekaligus menjadikan setiap detik terasa seperti sebuah ruang eksklusif untuk memanjakan diri. Ia menawarkan produk dan rawatan untuk memulihkan tenaga serta meraikan para wanita. THE SPA menjadi lokasi ideal untuk momen penjagaan diri atau waktu berkualiti bersama yang tersayang.

Park Hyatt Kuala Lumpur Tawarkan Pengalaman Mewah Menyeluruh Buat Wanita

Antara tarikan istimewa termasuk Circadian Therapy, rawatan ikonik yang direka untuk menyelaraskan semula ritma semula jadi tubuh. Lengkap dengan 6 bilik rawatan termasuk ruang en suite untuk individu dan pasangan, serta dua bilik estetik, ia turut menawarkan zon hidroterapi berasingan untuk lelaki dan wanita. Di sini, anda boleh menikmati Himalayan salt chamber, bilik wap aromaterapi, sauna serta vitality pool. Oleh itu, THE SPA menjadi pilihan ideal untuk menikmati pengalaman mewah yang penuh ketenangan.

Afternoon Tea, Ritma Santai Di Tengah Kota

Park Hyatt Kuala Lumpur Tawarkan Pengalaman Mewah Menyeluruh Buat Wanita

Selepas menikmati ketenangan di THE SPA, perjalanan self-care anda boleh diteruskan dengan acara Afternoon Tea yang penuh elegan di ruang yang dirangka khusus untuk menggabungkan keanggunan dan kenikmatan. Di sini, setiap hidangan pencuci mulut menjadi karya seni tersendiri hasil sentuhan Chef Holger, yang turut diiktiraf sebagai Best Pastry Chef 2026. Contohnya, daripada sajian mille-feuille yang ikonik sehinggalah ke pilihan pastri dan pencuci mulut, setiap gigitan disempurnakan bersama rangkaian minuman teh premium. Apabila dinikmati dengan pemandangan 75 tingkat Kuala Lumpur yang indah, ia menjadi ruang sempurna untuk bersantai, berbual mesra dan menikmati mini retreat di tengah kesibukan kota.

Artikel berkaitan: Park Hyatt Kuala Lumpur Simbol Mewah Baharu Malaysia