Pemberian Taylor Swift Buat Rakan Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata - Page 4 of 5 - Glam Malaysia
Pemberian Taylor Swift Buat Rakan Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata

Pemberian Taylor Swift Buat Rakan Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jaime King

Image result for jaime king
Foto: Jeff Vespa/Getty Images for The Weinstein Company

Disember tahun lalu, pelakon Hart of Dixie mendedahkan anak lelakinya yang kini berusia satu tahun, Leo Thames menjalani pembedahan jantung. Sempena meraikan hari ulang tahun pertama Leo yang juga merupakan anak baptis Taylor, penyanyi ini memberi hadiah sumbangan kepada Cedars-Sinai.

“Buat tatapan semua, pada usia 20 minggu anak lelaki kami telah didiagnosis dengan Transposition of the Great Arteries (TGA). Dia telah menjalani pembedahan jantung, ia merupakan pengalaman ngeri dan trauma buat kami sekeluarga.

“Hanya beberapa rakan rapat yang mengetahui perkara ini. Saya tidak berkongsi kerana berasakan saya perlu melindunginya, kerana bimbang perkara buruk akan terjadi. Kami berasa sangat terasing dan keliru.

“@taylorswift telah melakukan banyak perkara kebajikan tanpa pengetahuan ramai kerana dia melakukannya secara senyap, memberi tanpa syarat. Sempena hari ulang tahun Leo, Taylor memberi sumbangan luar biasa kepada Dr Allistar Phillips dan pasukannya kerana menyelamatkan nyawa anak kami.

“TS tahu sumbangan ini merupakan pemberian terbaik buat kami, Leo dan semua pesakit jantung,” King menulis panjang lebar di Instagram, berserta foto surat penghargaan kiriman Cedars-Sinai.

See also
Marc Anthony Timang Cahaya Mata Ketujuh