Kate Middleton Serlah Sisi 'Nakal' Di Karpet Merah Bafta Awards - Glam Malaysia
Patung Lilin Putera William & Kate Middleton Mengundang Kritikan Hebat

Kate Middleton Serlah Sisi ‘Nakal’ Di Karpet Merah Bafta Awards

Pasangan Wales, Putera William dan Puteri Kate Middleton dilihat semakin terbuka menunjukkan rasa cinta di tempat awam.

Kembali ke BAFTA Awards yang berlangsung di Royal Festival Hall London baru-baru ini, Kate Middleton mempamerkan sentuhan mesra dengan menepuk lembut punggung suaminya sambil tersenyum sewaktu berjalan di permaidani merah. Momen sekelip mata itu berjaya dirakam majalah Vogue sebelum berkongsinya di Instagram buat tatapan 43 juta pengikutnya dan peminat Diraja.

Kate Middleton

Foto: The Hollywood Gossip

Malam anugerah itu menyaksikan Kate menggayakan semula gaun Alexander McQueen yang dipakainya di BAFTA Awards 2019 dengan tambahan selempang hiasan pada bahu kiri. Dia memadankan gaun rona putih salju itu dengan sepasang sarung tangan opera baldu hitam, sedondon jaket sut baldu mewah yang disarung Putera William.

Penampilannya disempurnakan dengan sepasang anting-anting emas labuh dan klac segi empat tepat rona hitam. Dia menggayakan dandanan lurus yang diselit ke belakang telinga untuk mempamerkan perhiasan statement miliknya.

Kate Middleton

Foto: Insider

Ini merupakan penampilan pertama mereka sebagai Putera dan Puteri Wales, setelah dua tahun gagal membuat kemunculan di anugerah tahunan yang mengiktiraf bakat terbaik dalam filem Britain dan antarabangsa itu.

See also
Puteri Kate Middleton Sekali Lagi Melanggar Protokol Diraja

Putera William dan Kate tidak berpeluang menghadirinya pada 2021 berikutan kemangkatan Putera Philip ketika berusia 99 tahun, manakala tahun lalu pula disebabkan kekangan masa.

Putera Wales dilantik menjadi presiden Akademi Filem dan Seni Televisyen British pada 2010 dan mula menghadiri majlis anugerah berperstij itu bersama isterinya sejak 2017.

kate middleton

Foto: Getty Images

 

Foto: Getty Images

Baca: Impak Pengunduran Pasangan Sussex Terhadap Kate Middleton