fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Destinasi Seni Baharu: 5 Muzium Baharu Yang Bakal Dibuka Pada 2026
Reunion Demi Lovato & Jonas Brothers Buat Ramai Menangis?
Priyanka Chopra Jonas Diarah Keluar Dari Salun
Momen Epik Di Olimpik Paris 2024!
Raja K-Pop, G-Dragon Bakal Kembali Dalam Dunia Muzik
Home > Gaya Hidup > Nikmati Suasana Tonton Filem Secara Eksklusif Di Aurum Theatre

Nikmati Suasana Tonton Filem Secara Eksklusif Di Aurum Theatre

Bawa pengalaman menonton anda ke tahap lebih mewah dengan sentuhan eksklusif di dewan Maybank Comfort Cabin, Aurum Theatre di The Gardens Mall yang direka untuk mengutamakan keselesaan maksimum, daripada kerusi empuk dan panel privasi peribadi hinggalah set hidangan istimewa yang melengkapkan pengalaman sinematik anda.

Aurum Theatre di The Gardens Mall hadir mentakrifkan semula konsep movie night dengan sentuhan yang lebih premium dan sofistikated. Menerusi dewan Maybank Comfort Cabin, setiap ruang direka untuk memberikan keselesaan optimum buat pencinta filem yang menghargai privasi, suasana elegan dan pengalaman hospitaliti yang lebih peribadi. 

Nikmati Movie Night Anda Dalam Suasana Eksklusif Di Aurum Theatre

Sama ada menyaksikan filem kegemaran anda berseorangan diri sebagai ritual self-care atau bersama insan tersayang, momen ini akan menjadi lebih istimewa apabila diiringi dengan fasiliti yang elevated. Lebih daripada sekadar tiket pawagam, dewan Maybank Comfort Cabin hadir dengan pelbagai kemudahan premium yang menjanjikan keselesaan maksimum yang pasti membuatkan anda enggan berganjak dari tempat duduk. Misalnya, kerusi recliner empuk lengkap bersama selimut untuk memastikan keselesaan sepanjang tayangan, panel privasi untuk pengalaman menonton tanpa gangguan, serta meja sisi yang memudahkan anda menikmati hidangan di dalam dewan. Setiap tiket turut hadir bersama sajian atau snek dan minuman percuma bagi melengkapkan pengalaman movie night anda. Setiap tempat duduk juga dilengkapi pengecas tanpa wayar serta ruang simpanan khas untuk barangan peribadi anda. 

Nikmati Movie Night Anda Dalam Suasana Eksklusif Di Aurum Theatre

Tiket bagi pengalaman eksklusif ini ditawarkan pada harga RM140 untuk 1 tempat duduk atau RM280 bagi pasangan, lengkap dengan pilihan makanan dan minuman. Lebih istimewa, pemegang kad kredit atau kad caj Maybank turut boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket di Aurum Theatre.  Pada setiap hari Rabu, anda juga berpeluang menikmati pengalaman eksklusif ini pada harga istimewa hanya RM190 untuk 2 orang.

Tayangan Ikonik The Devil Wears Prada 2 Kini Lebih Imersif

Nikmati Movie Night Anda Dalam Suasana Eksklusif Di Aurum Theatre

The Devil Wears Prada 2 kembali menghiasi layar perak, dan pengalaman menonton anda akan menjadi lebih chic bersama suasana mewah di Aurum Theatre di The Exchange TRX atau The Gardens Mall. Seiring dengan pelancaran filem ini, pelbagai set eksklusif turut dihidangkan di lokasi F&B terpilih seperti Hokkaido Table di The Exchange TRX, JIN Gastrobar di The Gardens Mall dan Mid Valley Southkey JB, Velvet Restaurant and Bar, serta Kissa Café and Diner yang menawarkan pengalaman santapan yang boleh dinikmati sebelum atau selepas tayangan filem. 

Nikmati Movie Night Anda Dalam Suasana Eksklusif Di Aurum Theatre

Eksklusif di Aurum Theatre, The Exchange TRX, penonton yang menikmati tayangan di Getha Lux Suites, Maybank Comfort Cabin atau Escape Studios boleh melengkapkan pengalaman mereka dengan Aurum Pass Treats istimewa berinspirasikan The Devil Wears Prada 2. Ini merangkumi pencuci mulut bertemakan filem tersebut serta mocktail eksklusif yang tersedia dari 30 April hingga 14 Mei. 

Artikel berkaitan: Filem Romantik Komedi Buat Anda Tersenyum Sendiri