Related Stories
Misompuru: Mahakarya Marsha Milan Meraikan Budaya Borneo
Karya terbaru Marsha Milan, Misompuru tampil sebagai sebuah persembahan seni yang bukan sahaja memukau telinga, malah menyentuh jiwa. Penyanyi dan penggiat seni versatil, Marsha Milan Londoh, akhirnya merealisasikan impian dua dekadnya dengan pelancaran album terbaharu ini satu dedikasi istimewa untuk mengangkat dan memartabatkan warisan budaya Sabah dan Sarawak ke pentas lebih tinggi.
Berjudul Misompuru, yang dalam dialek Kadazan bermaksud “keramaian”, album ini menggabungkan elemen muzik etnik Borneo dengan sentuhan moden yang penuh keanggunan. Setiap alunan lagu bagaikan jemputan eksklusif untuk meraikan keindahan kepelbagaian budaya dalam satu pesta harmoni.

“Album ini adalah simbol perjalanan saya selama 20 tahun dalam industri seni, serta penghormatan buat akar budaya saya sendiri,” ujar Marsha, penuh semangat. Lebih istimewa, Misompuru bukan sekadar koleksi lagu, tetapi satu pengalaman imersif yang merangkul kemeriahan budaya Borneo, dari rentak tradisional yang menggetarkan jiwa hingga melodi kontemporari yang memikat generasi baharu.
View this post on Instagram
A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)
Sorotan LainDatin Intan Najuwa dan Dato’ Azraf Langsungkan Pernikahan Mewah di One&Only Desaru
Buah Tangan Istimewa Daripada Afgan Buat Peminat Di Malaysia
The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” – Meryl Streep
Hari-Hari Terakhir Ratu Elizabeth II Sebelum Mangkat
Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF
Dolla Lancar Album Sulung, New Classic![]()
Menampilkan lima buah lagu baharu Nalan-Nalan, Lintah Darat, Pelangi Pasti, Santai Saja, dan Hey Aramai Ti, album ini merupakan hasil kolaborasi dengan komposer berbakat dari Sabah dan Sarawak. Setiap karya memancarkan cerita tersendiri, menjadikan Misompuru bukan sekadar pendengaran biasa tetapi sebuah penceritaan muzikal yang kaya dengan makna.
Lebih daripada sekadar untuk peminat di tanah kelahirannya, Marsha berharap Misompuru mampu menembusi sempadan budaya dan geografi, sekali gus menarik minat khalayak di Semenanjung Malaysia. Dengan kemunculan album ini di semua platform penstriman digital, Misompuru bersedia untuk menggamit perhatian peminat muzik yang menghargai keaslian, keunikan dan kehalusan seni.
Sebagai figura yang sentiasa menjunjung tinggi nilai warisan, Marsha Milan sekali lagi membuktikan bahawa seni adalah jambatan yang merentasi batas bangsa dan daerah. Misompuru adalah manifestasi cinta Marsha terhadap akar budayanya satu jemputan elegan untuk dunia mengenali keindahan Borneo melalui irama dan melodi.
Artikel Berkaitan: Juara AJL Ke-39, Kemarau 20 Tahun Marsha Milan Tamat
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
