Intan Najuwa Selamat Melangsungkan Pernikahan
Datin Intan Najuwa dan Dato’ Azraf Langsungkan Pernikahan Mewah di One&Only Desaru

Datin Intan Najuwa dan Dato’ Azraf Langsungkan Pernikahan Mewah di One&Only Desaru

Bersaksikan pantai putih berseri aktres terkenal, Intan Najuwa dan pasangan pilihan hatinya Dato’ Asraf selamat disatukan sekali lafaz di One&Only Desaru.

Suasana redup, petang di sanktuari semula jadi yang terletak di pantai tenggara Malaysia menjadi saksi penyatuan cinta suci merpati dua sejoli. Bertemu dengan orang yang tepat pada waktu yang tepat. Setelah setahun menjalinkan hubungan percintaan, akhirnya Intan Najuwa kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Azraf di majlis pernikahan mewah secara tertutup.

Intan Najuwa kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Asraf di majlis pernikahan mewah secara tertutup.

Jelas Intan, destinasi One&Only merupakan pilihan paling tepat buat mereka kerana ia merupakan impiannya untuk melangsungkan pernikahan secara privasi dan intimasi. Benarlah apa yang diceritakan, destinasi mewah ini seperti liburan cinta yang abadi. GLAM mengajukan 7 soalan tentang keperibadian Dato’ Azraf di mata Datin Intan Najuwa.

Bagaimana pertemuan anda berdua?

Melalui mutual friends. Kami bertemu di sebuah restoran, saya tidak ingat di mana tetapi sahabat saya yang memperkenalkan Dato’ dengan saya. Detik minum kopi bersama, mulalah terjalin perasaan sayang dan cinta.

Personaliti Dato’ yang buat anda terpikat?

Penyabar dan bermurah hati. Saya seorang yang agak tidak penyabar tetapi hadirnya Dato’ dalam hidup saya mengubah dunia saya dan amat bersyukur apabila ditemukan dengan individu terbaik dalam hidup saya.

Siapakah orang pertama yang mengetahui perhubungan Intan dan Dato’ Ahmad?

Sahabat terdekat saya! Pada mulanya saya ingin merahsiakan tetapi merekalah yang sentiasa ada dengan saya susah dan senang! Setelah mendapat green light dan mereka sendiri terpikat dengan peribadi Dato’, ini buat lagi saya jatuh cinta dengannya.

Destinasi honeymoon pilihan?

Belum sempat untuk berfikir kerana kami berdua terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Nanti anda tahulah kemudian.

Siapa yang paling romantik?

Sudah tentu Dato’ Azraf! Sehingga dia mempersoal kembali kenapa tidak pandai bersikap romantik!

Quote paling romantis Intan untuk Dato’ Ahmad?

It’s always you for me even in different universe!

Pautan berkaitan 10 Selebriti Malaysia Ini Juga Seorang Usahawan