Mercedes-Benz EQ Memperkenalkan 'Keluarga' Baharu
Mercedes-Benz EQ Memperkenalkan 'Keluarga' Baharu

Mercedes-EQ Memperkenalkan ‘Keluarga’ Baharu

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mercedes-Benz EQB 350 4MATIC

EQB 350

Foto dari Mercedes-Benz Malaysia

EQB 350 4MATIC ialah kenderaan elektrik mewah pertama yang tersedia sebagai tujuh tempat duduk. Oleh itu, ia menawarkan ruang untuk seisi keluarga yang ramai dan keperluan pengangkutan yang paling pelbagai. Ini memberikan kedudukan yang luar biasa dalam kalangan kereta elektrik kompak. Dua tempat duduk di baris ketiga boleh digunakan oleh orang yang tinggi sehingga 1.65 meter, dan tempat duduk kanak-kanak juga boleh dipasang.

EQB 350

Imej bahagian hadapan mempunyai jeriji panel hitam dengan jalur cahaya terusan

EQB 350 4MATIC menampilkan ciri panel grill Mercedes-EQ dengan bintang tengah. Satu lagi ciri reka bentuk tersendiri bagi dunia kenderaan elektik Mercedes-EQ ialah jalur cahaya di bahagian hadapan dan belakang.

EQB 350

Imej menunjukkan bahagian dalam EQB oleh Mercedes-EQ

EQB 350 4MATIC ini juga didatangi sistem navigasi standard yang pintar bagi memudahan pemanduan laluan pantas ke detinasi, dengan mengambil kira kuasa pengecasan maksimum dan tempoh kemungkinan pengecasan berhenti. Disamping itu, navigasi pintar ini memastikan bateri voltan tinggi dibawa ke pengecasan suhu yang optimum sebelum pemberhentian pengecasan yang dirancang, jika perlu.

See also
Mengolahkan Cinta & Sustainability Dari Koleksi H&M