HIMPUN – Proudly Made by Malaysians
Usaha mengangkat produk tempatan semestinya dekat dihati rakyat Malaysia. Dan dalam usaha mengetengahkan jenama lokal ke peringkat global, satu usaha sama di antara Malaysia Airports and Malaysia Development Center (DDEC) sekali lagi bergabung melancarkan HIMPUN – yakni peruncitan yang menampilkan khazanah fesyen, produk kecantikan, kraf tradisional dan makanan tempatan t di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Berlabuh megah di pintu masuk utama KLIA, HIMPUN menampilkan perspektif budaya yang unik melalui pelbagai aktiviti, persembahan dan barisan produk tempatan. Para tetamu tempatan dan antarbangsa boleh menikmati nama-nama jenama tempatan seperti The Chocolate Concierge, butik coklat artisanal yang mengkhususkan diri dalam produk koko asli Fugeelah, jenama perhiasan; Frankitas, pembuat aksesori yang mengilhamkan warisan; Saarat, jenama fesyen dan tekstil yang sarat dengan unsur-unsur tradisional serta SO.LEK, sebuah syarikat kosmetik dan kecantikan tempatan. Sebagai menggandakan lagi keseronokan membeli-belah, HIMPUN turut mempamerkan persembahan dan mengadakan aktiviti yang dikhaskan kepada tetamu dari semua peringkat di sepanjang tempoh kempen. Ini termasuk membuat Tanjak, sebuah hiasan Melayu tradisional untuk lelaki, tenunan Songket, dan paparan fesyen tersohor tanah air seperti FiziWoo, Calvin Thoo, Zubaidah Sual, dan Yayasan Tunku Nur Zahirah.

Tanoti
Kempen yang berlangsung selama sebulan, bermula pada 18 September hingga 13 Oktober 2019 ini menjadi perintis kepada pembukaan butik berkonsepkan Malaysia Airports of Sense of Malaysia (SOM) yang dijadualkan dibuka di semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia pada tahun 2020 - KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (PEN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).
Pilihan Bacaan Seterusnya
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
May 25, 2026
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tampil Di Luar Jangkaan
May 25, 2026
Our Second Nature Sambut Satu Dekad Dengan ‘Mise-En-Place’
May 25, 2026
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
May 24, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’
May 22, 2026
Barang Kemas Yang Curi Tumpuan di Cannes 2026
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan Kuasa Pilihan Komuniti Kecantikan
May 21, 2026

