Gelombang Influenza 2025: Ini Simptom & Cara Lindungi Diri Sebelum Terlambat
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioGelombang influenza 2025 semakin terasa di seluruh negara, dan kali ini ia datang dengan amaran lebih serius. Ramai yang mula jatuh sakit, demam, batuk, badan lemah namun masih beranggapan ia sekadar selsema biasa. Padahal, simptom influenza boleh menjadi petanda awal kepada sesuatu yang jauh lebih berbahaya.
Apa yang ramai tidak tahu, influenza bukan sekadar “flu musiman”. Ia penyakit pernafasan akut yang boleh membawa kepada komplikasi serius seperti radang paru-paru, serangan jantung, malah kematian. Menurut laporan WHO, influenza menyebabkan hingga 650,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia. Di Malaysia, pneumonia yang berpunca daripada jangkitan influenza masih menjadi antara punca utama kematian dalam kalangan warga emas dan pesakit kronik.
Lebih membimbangkan, ramai sakit tapi tak cuti, tetap datang bekerja, menaiki LRT, dan bergaul di pejabat seperti biasa. Mereka inilah yang dipanggil ‘silent spreaders’, pembawa senyap yang tanpa sedar menyebarkan virus kepada orang sekeliling. Sekali batuk atau bersin di ruang tertutup, virus boleh kekal terapung di udara hingga beberapa jam.
Simptom influenza yang wajib anda kenali

Kredit foto: Getty Images
Ramai keliru antara influenza dan selesema biasa, sedangkan perbezaannya amat ketara. Simptom influenza biasanya datang mendadak dan lebih teruk, menyebabkan seluruh badan terasa lemah. Antara tanda-tanda utama ialah:
-
Demam tinggi (biasanya lebih 38°C) yang muncul secara tiba-tiba
-
Batuk kuat dan kering yang berlarutan
-
Sakit kepala serta sengal sendi seluruh badan
-
Tekak perit dan hidung tersumbat
-
Keletihan melampau walaupun selepas berehat
-
Kadangkala disertai muntah atau cirit-birit, terutama bagi kanak-kanak
Jika anda mengalami simptom influenza selama lebih tiga hari, disertai sesak nafas atau sakit dada, segera berjumpa doktor. Influenza yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi serius dan meragut nyawa, terutama bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, ibu hamil dan penghidap penyakit kronik.
7 cara lindungi diri sebelum terlambat

Kredit foto: Getty Images
-
Ambil vaksin influenza setiap tahun. Vaksin adalah perlindungan utama yang disarankan oleh KKM dan WHO.
-
Basuh tangan dengan kerap. Gunakan sabun atau sanitizer selepas menyentuh permukaan awam.
-
Elak ke tempat sesak jika bergejala. Jika perlu keluar, pakai pelitup muka.
-
Kuatkan sistem imun. Amalkan tidur cukup, makan seimbang, dan minum air mencukupi.
-
Simptom influenza boleh dielak dengan tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Gunakan tisu atau siku.
-
Berehat di rumah jika sakit. Jangan jadi silent spreader, rehat membantu pulihkan diri dan lindungi orang lain.
-
Pastikan pengudaraan baik di rumah dan pejabat. Udara segar kurangkan kepekatan virus.
Influenza bukan sekadar isu kesihatan bermusim, ia ancaman global yang menuntut kesedaran tinggi. Mengenali dan mengambil serius simptom influenza boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.
Kadang-kadang, tindakan paling bertanggungjawab adalah berehat dan memberi peluang badan untuk sembuh sepenuhnya sebelum terlambat.
Artikel berkaitan: Musim Sakit, Ini Petua Untuk Hilangkan Batuk dan Kering Tekak!
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
