fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Album Muzik Keluaran 2025 Yang Menjanjikan Kelainan
Galaxy Z Flip4: Peranti Terbaik Buat Ekspresi Diri
Ilustrasi Fesyen Cruella Dalam Inspirasi Kebudayaan Malaysia
Jurugambar & Studio Pilihan Untuk Gambar Raya Estetik Sekitar Lembah Klang
Sharifah Amani Hamil Cahaya Mata Sulung
Home > Gaya Hidup > Foto Eksklusif Majlis Perkahwinan Usher & Jenn Goicoechea

Foto Eksklusif Majlis Perkahwinan Usher & Jenn Goicoechea

Usher akhirnya kembali bergelar suami pada usia 46 tahun!

Pemuzik itu mengejutkan peminat apabila berkahwin dengan eksekutif muzik, Jenn Goicoechea beberapa jam selepas membuat persembahan di konsert separuh masa Super Bowl 2024. Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri secara tertutup di terowong pandu lalu perkahwinan Las Vegas, The Fast Lane.

Dalam foto hari bahagia mereka yang dikongsi bersama majalah People, Usher dilihat tersenyum gembira kala menatap wajah isterinya yang sedang memegang jambangan bunga peoni merah dan mawar putih.

Foto: Bellamy Brewster

Tidak pernah kalah bergaya, penyanyi itu tampil segak dalam tuksedo hitam-putih asimetri abstrak bersama sekuntum peoni di bahagian lapel. Jenn pula chic dalam sut seluar serba putih yang dipadankan bersama cermin mata dan sarung tangan sedondon. Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam parti penuh selebriti yang ditaja oleh Remy Martin dalam persalinan sama.

foto perkahwinan usher

Foto: Backgrid

Parti Meraikan Usher Dan Isteri

Untuk majlis resepsi, pengantin perempuan menyarung vel labuh jarang yang menutupi wajahnya. Pada velnya tertera perkataan, ‘Mrs. Raymond 02.11.24’ dalam jahitan sulam, menandakan nama keluarga suaminya dan tarikh perkahwinan mereka.

Dalam satu lagi foto, pasangan itu berkongsi suasana hari bahagia mereka. Usher dan Jenn dilihat berada di tempat duduk hadapan kereta vintaj dengan jambangan bunga di bahagian belakang. Anak lelaki penyanyi itu, Usher V, 16 dan Naviyd, 15 pula duduk di kerusi belakang kereta.

Tidak kelihatan dalam foto adalah ibu penyanyi itu, Jonetta Patton yang turut menjadi saksi perkahwinan mereka. Juga dua cahaya mata iaitu Sovereign, 3 dan Sire, 2.

foto perkahwinan usher

Foto: Bellamy Brewster

 

Foto: Rex Features

Baca: 25 Foto Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah