Chinese Classics Redefined
Jika anda masih tercari-cari dimana restoran yang menawarkan palet masakan Cina yang kontemporari, maka kunci pandangan anda pada YEN, di Hotel W Kuala Lumpur. Keenakan menunya baik dari Dimsum sehinggalah masakan bergoreng yang menjadi buah mulut, turut menarik perhatian GLAM.

Ruang makan peribadi
GLAM singgah menikmati selera Chinese classics redefined. Dan berkongsi tiga perkara yang menarik mengenai YEN, W Kuala Lumpur.
Air Tangan Chef Terkemuka
Chef Eksekutif Masakan Cina, Tan Kim Weng adalah kunci kepada semua keenakan masakan di Yen. Dengan pengalaman selama 29 tahun dalam kulinari masakan Cina, maka tidak asing setiap suapan sungguh menyelerakan.
Intepritasi Avant-garde
Bila sebut sahaja restoran masakan Cina, anda pasti terbayangkan motif naga, harimau atau ikan koi, namun YEN cukup berbeza. Disaat pintu lif dibuka, anda akan disambut dengan rekaan dekorasi yang moden. Rona walnut serta keemasan membaluti seluruh ruang restoran. Lebih menarik siling tidak dibiarkan kosong, sebaliknya dihias dengan dekorasi berbentuk seakan sarang lebah. Ia sungguh mewah. Turut melengkapi adalah ruang makan peribadi untuk jamuan korporat mahupun perayaan.
Seleksi Menu Eksklusif
Jika anda penggemar menu berstim, ladu kukus adalah di menu dengan resipi tradisional yang dibuat istimewa dengan bahan-bahan berkualiti tinggi. Dihidangkan di dalam bekas buluh, apabila dibuka ia masih hangat dengan wap beraroma. Chicken Siew Mai (RM24) Sarcodon Aspratus Fungus Prawn Dumplings Red Yeast Rice Honey Barbeque Chicken Buns Boletus Mushroom Dumpling adalah menu yang mesti anda cuba.
Yen Chinese Restaurant
W Kuala Lumpur
No. 121, Jalan Ampang
Kuala Lumpur, 50450 Malaysia
+60 3-2786 8888
b&[email protected]
www.facebook.com/WKualaLumpur
Yen Chinese Restaurant Opening Hours
Lunch: 12 noon – 2:30 pm
Dinner: 6:30pm – 10:30pm
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026

