Bagaimana Volvo EX30 Memperkasakan Perjalanan Keusahawanan Julie Anne Kang
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioJulie Anne Kang, seorang pempengaruh digital dan pengasas bersama jenama Kulet berkongsi pengalaman memandu uji Volvo EX30 yang cukup lengkap untuk seorang usahawan sepertinya.
Mengemudi jenama fesyen Kulet sebagai pengasas bersama memerlukan Julie Anne Kang sentiasa bergerak. Tambahan pula, Julie juga harus membahagikan waktu untuk melakukan rutin sebagai seorang pempengaruh digital. Badan yang cergas serta minda yang fokus memainkan peranan penting dalam kehidupan Julie pada setiap masa.
Ikuti temu bual bersama usahawan, Julie Anne Kang yang berkongsi pengalaman memandu uji Volvo EX30:

1. Apakah yang membuatkan Volvo pilihan nombor satu anda untuk kenderaan elektrik?
Yang pertama, penampilan bergaya EX30 yang baharu. Saya amat meminati rona kuning sporty yang menarik perhatian. Kedua, EX30 menjadi pilihan saya kerana ia adalah kereta elektrik yang laju dan selamat, memberikan saya keyakinan setiap kali saya perlu memandu di lebuh raya.
2. Sebagai seorang usahawan, bagaimanakah pengalaman anda mengendalikan Volvo EX30?
Bagi saya, walaupun Volvo EX30 padat dan memang sesuai untuk bergerak di bandar, ia masih mempunyai ruang but yang luas. Sebagai seorang usahawan, ia memudahkan saya untuk membawa stok kami.

3. Apakah ciri-ciri terkini Volvo EX30 yang anda paling gemari?
Saya gemari kebolehcapaian ruang simpanan dari bahagian pemandu. EX30 dilengkapi dengan slot untuk telefon, dan ruang yang sesuai untuk tas tangan saya di konsol tengah.
4. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, keselamatan sudah pasti menjadi perhatian utama. Adakah ciri keselamatan EX30 memberikan jaminan tambahan apabila memandu.
Sudah semestinya, saya sangat menghargai collision avoidance systems yang membolehkan kereta boleh brek secara automatik sekiranya perlanggaran akan berlaku atau anda membelok ke laluan kenderaan yang akan datang. Ia juga akan memberitahu jika saya mengantuk dan perlu berehat. Rasanya seperti mempunyai kakak yang menjaga saya.
5. Apakah aspek Volvo EX30 yang menjadikan hidup anda sebagai seorang usahawan lebih baik dan selamat?
Kemudahan mengecas EX30 dan itu adalah pilihan yang lebih baik dari segi ekonomi dan alam sekitar. Volvo juga terkenal dengan keselamatannya dan memberikan saya ketenangan ketika memandu.

Pelanggan juga boleh mula membuat pesanan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau melawat bilik pameran Volvo terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
