Aksi Kate Middleton Mencuba ‘Viagra’ Caribbean Tular - Glam Malaysia
Aksi Kate Middleton Mencuba ‘Viagra’ Caribbean Tular

Aksi Kate Middleton Mencuba ‘Viagra’ Caribbean Tular

Pasangan Wales, Putera William dan Puteri Kate Middleton semakin terbuka mempamerkan momen bahagia mereka kebelakangan ini sekali gus mencuri lebih banyak perhatian di media sosial.

Satu adegan lucu antara pasangan itu sekali lagi menjadi tumpuan peminat Diraja selepas seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah rakaman di mana Puteri Kate bercakap mengenai keberaniannya bereksperimen dengan hidangan baru. Dalam video yang dirakam sewaktu mereka mengadakan lawatan ke Caribbean, pasangan Wales dilihat berdiri di hadapan sebuah gerai dan membuat keputusan untuk mencuba beberapa makanan istimewa di kepulauan itu.

Kate Middleton

Getty Images

Puteri Wales Akui Suka Mencuba Hidangan Baru

Kate ditawarkan untuk merasai satu hidangan afrodisiak yang dipanggil ‘Viagra’ Caribbean setelah ditolak oleh Putera William. Ia merupakan alat kelamin jantan siput konc yang berbentuk halus, panjang dan lutsinar seakan suhun. Walaupun Putera Wales yang berada di sebelahnya kelihatan berkerut tanda resah, Kate tanpa rasa ragu terus memasukkannya ke dalam mulut sekali gus menerima tepukan gemuruh daripada orang ramai.

@l0velycatherine

she so attractive | #princesscatherine #princesskate #katemiddleton #princewilliam #fyp

♬ Hit ‘Em Up Style (Oops!) – Blu Cantrell

“Saya lebih berani daripada William,” selorohnya sebelum disambut oleh putera berusia 41 tahun itu sambil tertawa, “Saya tiada masalah mencubanya.” Peristiwa itu berlaku genap setahun lalu bagaimanapun video lawatan mereka hanya tular baru-baru ini.

Perwatakan Puteri Kate Meraih Pujian

Aksi gurau senda pasangan itu dikongsikan di TikTok beberapa hari lalu dan telah meraih lebih 160,000 tontonan sehingga kini. Ramai memuji keberanian dan keterujaan Puteri Wales untuk mencuba hidangan istimewa itu, tidak kurang juga yang menegaskan bahawa ini adalah bukti bahawa dia dilahirkan untuk menjadi Permaisuri United Kingdom.

“Cara dia bergurau senda dengan suaminya amat lucu. Dia tidak takut bereksperimen dengan perkara baru yang biasanya tidak mahu dicuba oleh kerabat Diraja.”

Kate Middleton

Foto: Getty Images

“Mengapa William jatuh cinta dengan Catherine? Ada jawapannya. Saya rasa Catherine mengajar William tentang kesederhanaan di tengah-tengah kehidupan Diraja,” tulis beberapa netizen. Seorang lagi menggelar Kate sebagai seorang wanita menakjubkan yang selayaknya menjadi permaisuri.

 

Foto: Getty Images

Baca: Kate Middleton Serlah Sisi ‘Nakal’ Di Karpet Merah Bafta Awards