Victoria’s Secret Kehilangan 5 Orang Model Termasuk Gigi Hadid Tahun Ini
Tiga hari sahaja lagi sebelum Victoria's Secret Fashion Show 2017 berlangsung di Shanghai pada 20 November ini pihak media China telah melaporkan bahawa lima orang model Victoria's Secret terpaksa menarik diri daripada pertunjukan besar tersebut.

Model-model itu adalah Julia Belyakova, Kate Grigorieva, Irina Sharipova, Dasha Khlystun, dan juga Gigi Hadid.
Gigi yang teruja dengan penglibatannya kali ini telah mengumumkan kekecewaannya itu di Twitter tanpa menerangkan sebab sebenar dia terpaksa menarik diri daripada pertunjukan tersebut. Namun umum mengetahui rakyat China tidak berapa senang hati dengan model tersebut ikutan klip video berunsur perkauman di mana Gigi memperlekehkan orang Asia dengan aksinya yang difikirkan lucu pada waktu itu.
I’m so bummed I won’t be able to make it to China this year. Love my VS family, and will be with all my girls in spirit!! Can't wait to tune in with everyone to see the beautiful show I know it will be, and already can't wait for next year! :) x
— Gigi Hadid (@GiGiHadid) 2017년 11월 16일
Manakala Julia, Kate, Irina, dan Dasha yang berasal dari Rusia dan Ukraine pula terpaksa menarik diri kerana visa mereka yang tidak menerima kelulusan daripada China. Media di sana juga mengaitkan hal ini dengan isu tular di mana model kanak-kanak Vlada Dzyuba (14) kehilangan nyawanya selepas dikerah untuk bekerja tanpa henti.
Ini bukan pertama kali China telah menyekat orang luar berstatus selebriti daripada memasuki negara mereka kerana selebriti-selebriti seperti Justin Bieber, Miley Cyrus, Jay-Z, Brad Pitt, dan ramai lagi menerima nasib yang sama.
Sumber: Cosmopolitan.my
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Jul 06, 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Jul 06, 2026
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Jul 06, 2026
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
Jul 06, 2026
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Jul 03, 2026
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jul 03, 2026
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Jul 03, 2026

