Trend Bag Berganda Chanel Bunga/Panas 2018 Menarik Perhatian Golongan Fashionista

Foto Olivier Saillant
Berlatarbelakangkan ngarai inspirasi Gorges du Verdon, Chanel mempersembahkan koleksi musim Bunga/Panas 2018 mereka sewaktu Minggu Fesyen Paris baru-baru ini. Bermotifkan tona-tona akuatik, Karl Lagerfeld memanipulasikan rona-rona iridesen dan menerapkan elemen akuatik berdasarkan visinya ke dalam setiap ceraian dan perincian menghasilkan sebuah kisah yang indah. Setiap satunya ibaran imbasan cahaya atas permukaan air di bawah sinaran matahari dan bulan. Padanan sesuai dengan musim bunga dan panas.

Apa yang menarik perhatian disebalik kreativiti yang dipamerkan Lagerfeld dalam koleksi ini adalah penggayaan bag berganda menerusi beberapa aksesori di atas pentas peragaan Chanel. Tas tangan tote PVC dipadankan dengan tas tangan kulit dari siri Boy Chanel dan Gabrielle memberikan look yang baru, inovatif, dan fashionable.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sorotan Buat Pementasan Koleksi Louis Vuitton Menswear SS27
Jun 24, 2026
Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Jun 24, 2026
GLAM It Girl: Elena. C
Jun 24, 2026
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Jun 24, 2026
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Jun 24, 2026
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthalle
Jun 24, 2026
Ritual UV Baharu Dior
Jun 24, 2026

